Berita Berita
KDN nafi individu tertentu kebal hina agama, dedah kertas siasatan dibuka terhadap empat individu
KUALA LUMPUR, 17 Nov. – Kementerian Dalam Negeri (KDN) menafikan dakwaan bahawa terdapat individu tertentu di negara ini diberikan kebebasan atau kekebalan untuk menghina agama serta menyebarkan kebencian tanpa dikenakan tindakan undang-undang.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan bahawa setiap tindakan penguatkuasaan dilaksanakan berdasarkan laporan polis, fakta, rantaian bukti, serta peruntukan undang-undang sedia ada tanpa mengira latar belakang agama, kaum, mahupun status seseorang.
Menerusi jawapan bertulis di Parlimen bertarikh 16 November, beliau memperincikan status siasatan terhadap empat individu yang dibangkitkan di Dewan Rakyat, termasuk satu laporan polis terhadap Ridhuan Tee dan tiga laporan terhadap Firdaus Wong yang kini disiasat mengikut peruntukan Kanun Keseksaan serta Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Selain itu, sebanyak 296 laporan polis telah dibuat terhadap Zamri Vinoth dengan empat daripadanya membawa kepada siasatan rasmi, dan beliau kini telah didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dengan tarikh perbicaraan ditetapkan pada 21 April 2027.
Bagi Cikgu Chandra pula, sebanyak 52 laporan polis diterima dengan empat kertas siasatan dibuka di bawah peruntukan Kanun Keseksaan, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, serta Akta Hasutan.
Kenyataan tersebut bagi menjawab soalan RSN Rayer (PH-Jelutong) yang mempersoalkan mengapa keempat-empat individu terbabit didakwa bebas membuat kenyataan berunsur hasutan dan menghina agama lain.
Menurut Saifuddin, prinsip penguatkuasaan itu selaras dengan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan yang menjamin kesamarataan semua individu di sisi undang-undang, manakala kuasa mendakwa tertakluk sepenuhnya di bawah bidang kuasa Pendakwa Raya mengikut Perkara 145(3).
Beliau turut memberi jaminan bahawa kerajaan akan terus melaksanakan tindakan secara adil, telus, dan konsisten tanpa dipengaruhi tekanan awam demi memelihara ketenteraman serta keselamatan negara. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 17, 2026, 10:12 pm
'Teruskan usaha, buat yang terbaik' - Fadhlina titip doa, semangat buat calon SPM dan STPM
November 17, 2026, 5:18 pm
Selangor tanggung rugi lebih dua kali ganda akibat banjir pada 2025, cecah RM52.9 juta
November 17, 2026, 4:59 pm
124 kanak-kanak dikaitkan GISBH akhirnya didaftarkan sekolah, 64 keluarga dibantu
November 17, 2026, 4:13 pm
Bimbang serpihan peluru terkena orang awam punca anggota polis tidak lepaskan tembakan ketika diserang
November 17, 2026, 4:07 pm
Anggota polis maut, empat cedera van pasukan terbabit kemalangan
November 17, 2026, 3:56 pm
Beruang matahari 70kg ditangkap ketika tidur di bawah rumah penduduk di Dungun
November 17, 2026, 3:32 pm
Pantun ‘kena kencing’, Rayer desak Ahmad Maslan letak jawatan kalau ada rasa malu
November 17, 2026, 2:51 pm
