Berita Berita
Istana Negeri Sembilan belum sahkan ketulenan surat peletakan jawatan MB
SEREMBAN, 17 Nov. – Istana Negeri Sembilan menegaskan pihaknya masih belum mengesahkan ketulenan surat peletakan jawatan Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim yang didakwa telah ditandatangani oleh beliau.
Pengelola Bijaya Diraja menerusi satu kenyataan media hari ini memaklumkan, berdasarkan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Sembilan, sebarang peletakan jawatan Menteri Besar hendaklah dikemukakan secara rasmi kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan hanya berkuat kuasa selepas mendapat perkenan baginda.
Menurut kenyataan itu, surat peletakan jawatan berkenaan telah dihantar ke Istana Hinggap di sini pada jam 12.16 tengah malam tadi oleh seorang individu yang memperkenalkan dirinya sebagai Hamidi daripada firma guaman Shahrul Hamidi & Haziq.
Pihak istana turut menjelaskan bahawa Setiausaha Sulit telah menyampaikan perkenan kepada Ismail untuk menghadap Yang di-Pertuan Besar menerusi aplikasi WhatsApp pada jam 8.38 malam semalam sebagaimana dipohon beliau, dengan sesi menghadap ditetapkan pada jam 10 pagi, Jumaat, 20 November ini.
Perkenan menghadap tersebut didedahkan berlaku 80 minit lebih awal sebelum Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Zambry Abdul Kadir memuat naik kenyataan di Facebook pada jam 10 malam semalam berhubung peletakan jawatan Ismail.
Walaupun mengambil maklum mengenai kenyataan Zambry yang dilihat berdasarkan salinan surat dalam milikannya, pihak istana sekali lagi menegaskan bahawa kesahihan dokumen berkenaan masih belum dapat dipastikan secara rasmi. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 17, 2026, 10:12 pm
'Teruskan usaha, buat yang terbaik' - Fadhlina titip doa, semangat buat calon SPM dan STPM
November 17, 2026, 5:18 pm
Selangor tanggung rugi lebih dua kali ganda akibat banjir pada 2025, cecah RM52.9 juta
November 17, 2026, 4:59 pm
124 kanak-kanak dikaitkan GISBH akhirnya didaftarkan sekolah, 64 keluarga dibantu
November 17, 2026, 4:13 pm
Bimbang serpihan peluru terkena orang awam punca anggota polis tidak lepaskan tembakan ketika diserang
November 17, 2026, 4:07 pm
Anggota polis maut, empat cedera van pasukan terbabit kemalangan
November 17, 2026, 3:56 pm
Beruang matahari 70kg ditangkap ketika tidur di bawah rumah penduduk di Dungun
November 17, 2026, 3:32 pm
Pantun ‘kena kencing’, Rayer desak Ahmad Maslan letak jawatan kalau ada rasa malu
November 17, 2026, 2:51 pm
