Berita Berita
1,643 cerun di seluruh negara berisiko sangat tinggi tanah runtuh menjelang musim tengkujuh
KUALA LUMPUR, 17 Nov. – Sebanyak 1,643 cerun di seluruh negara diklasifikasikan berada pada tahap risiko sangat tinggi untuk berlakunya kejadian tanah runtuh menjelang musim tengkujuh hujung tahun ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, angka berkenaan mewakili kira-kira 4.8 peratus daripada keseluruhan 34,544 cerun yang dipantau oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurutnya, laluan Simpang Pulai–Cameron Highlands dikenal pasti sebagai lokasi paling kritikal dalam senarai cerun berisiko tinggi tersebut, dengan kerja-kerja pembaikan serta pemantauan menggunakan kamera litar tertutup (CCTV) secara langsung sedang giat dijalankan.
Beliau berkata demikian pada sidang media sempena pengaktifan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) JKR di sini hari ini, sambil memaklumkan laluan alternatif sementara turut dibuka bagi memastikan pengguna jalan raya tetap dapat melalui kawasan terbabit.
Mengulas lanjut, Ahmad memaklumkan JKR dan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) telah mengarahkan semua pihak berkaitan termasuk 28 syarikat konsesi lebuh raya untuk melaksanakan persiapan awal merangkumi pemeriksaan sistem perparitan, jambatan, serta penyediaan jambatan sementara (Bailey bridge) bagi menghadapi sebarang kemungkinan bencana.
Selain itu, BiGBen dan Pusat Pengurusan Trafik (TMC) LLM akan beroperasi 24 jam sehari dengan kerjasama Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi menyelaras bantuan kecemasan.
Menerusi taklimat sama, sebanyak 1,195 lokasi titik panas (hotspot) banjir turut dikenal pasti di sepanjang jalan Persekutuan dan negeri, dengan Pahang merekodkan jumlah tertinggi iaitu 215 lokasi, diikuti Kelantan (193) dan Terengganu (177).
Orang ramai boleh mendapatkan maklumat terkini berhubung keadaan jalan raya melalui portal rasmi bencana.jkr.gov.my, aplikasi e-Bencana, portal MH Alert LLM, atau menghubungi talian bantuan 24 jam di 1-800-88-7752. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 17, 2026, 10:12 pm
'Teruskan usaha, buat yang terbaik' - Fadhlina titip doa, semangat buat calon SPM dan STPM
November 17, 2026, 5:18 pm
Selangor tanggung rugi lebih dua kali ganda akibat banjir pada 2025, cecah RM52.9 juta
November 17, 2026, 4:59 pm
124 kanak-kanak dikaitkan GISBH akhirnya didaftarkan sekolah, 64 keluarga dibantu
November 17, 2026, 4:13 pm
Bimbang serpihan peluru terkena orang awam punca anggota polis tidak lepaskan tembakan ketika diserang
November 17, 2026, 4:07 pm
Anggota polis maut, empat cedera van pasukan terbabit kemalangan
November 17, 2026, 3:56 pm
Beruang matahari 70kg ditangkap ketika tidur di bawah rumah penduduk di Dungun
November 17, 2026, 3:32 pm
Pantun ‘kena kencing’, Rayer desak Ahmad Maslan letak jawatan kalau ada rasa malu
November 17, 2026, 2:51 pm
