Berita Berita
Perjumpaan pertubuhan DNKI dipercayai babitkan komuniti Nigeria tular, polis jalankan siasatan
KUALA LUMPUR, 17 Nov. – Kegiatan sebuah pertubuhan dikenali sebagai De Norsemen Klub International (DNKI) yang dipercayai dianggotai komuniti warga Nigeria di negara ini mencetuskan tanda tanya selepas beberapa gambar dan rakaman video perjumpaan kumpulan itu tular di media sosial.
Isu berkenaan dibangkitkan oleh seorang pengguna aplikasi Threads menerusi akaun kopiobserver yang memuat naik paparan sekumpulan lelaki berpakaian seragam hitam dan merah berlambang DNKI bersama bendera Malaysia.
Turut dipaparkan dalam perkongsian itu adalah gambar majlis kumpulan terbabit yang berlatarbelakangkan kain rentang tertera tulisan 'De Norsemen Club International Malaysia Chapter'.
Pengguna media sosial tersebut mempersoalkan status pendaftaran serta aktiviti pertubuhan berkenaan di negara ini, selain menandakan akaun rasmi Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bagi menuntut penjelasan.
Dalam ruangan komen hantaran tersebut, timbul dakwaan yang mengaitkan DNKI dengan kumpulan dikenali sebagai Vikings dari Nigeria yang pernah mendapat perhatian pihak berkuasa antarabangsa berhubung kegiatan jenayah terancang.
Walaupun nama organisasi itu pernah disebut dalam laporan keselamatan luar negara berkaitan rangkaian kumpulan dari Nigeria, tiada bukti setakat ini yang mengaitkan individu dalam rakaman tular di Malaysia itu dengan sebarang aktiviti jenayah.
Menerusi laman sesawang rasminya, DNKI memperkenalkan organisasi mereka sebagai sebuah pertubuhan yang memfokuskan kepada kegiatan kebajikan, bantuan kemanusiaan, dan pembangunan komuniti.
Difahamkan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kesahihan maklumat tular tersebut, sementara status rasmi pertubuhan serta identiti individu terlibat masih belum disahkan. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 17, 2026, 10:12 pm
'Teruskan usaha, buat yang terbaik' - Fadhlina titip doa, semangat buat calon SPM dan STPM
November 17, 2026, 5:18 pm
Selangor tanggung rugi lebih dua kali ganda akibat banjir pada 2025, cecah RM52.9 juta
November 17, 2026, 4:59 pm
124 kanak-kanak dikaitkan GISBH akhirnya didaftarkan sekolah, 64 keluarga dibantu
November 17, 2026, 4:13 pm
Bimbang serpihan peluru terkena orang awam punca anggota polis tidak lepaskan tembakan ketika diserang
November 17, 2026, 4:07 pm
Anggota polis maut, empat cedera van pasukan terbabit kemalangan
November 17, 2026, 3:56 pm
Beruang matahari 70kg ditangkap ketika tidur di bawah rumah penduduk di Dungun
November 17, 2026, 3:32 pm
Pantun ‘kena kencing’, Rayer desak Ahmad Maslan letak jawatan kalau ada rasa malu
November 17, 2026, 2:51 pm
