TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Yayasan Didik Negara santuni penduduk Kuak Hulu, perkasa kebajikan komuniti

By
|
Kongsi
image

 

HULU PERAK 17 Nov – Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek menyantuni penduduk Kampung Kuak Hulu menerusi Program Santuni MADANI yang berlangsung pada Ahad.

Program itu melibatkan penyertaan masyarakat setempat melalui pelbagai aktiviti kemasyarakatan, pendidikan dan kebajikan.

Yayasan Didik Negara (YDN) turut bersama menjayakan program berkenaan sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk mendekati masyarakat dan menyantuni keperluan komuniti.

Penglibatan itu juga bertujuan memperluas manfaat pendidikan kepada golongan memerlukan, di samping menyokong usaha memperkasa kebajikan masyarakat Hulu Perak.

Usaha berkenaan selaras dengan aspirasi YDN, “Bersama Menyantuni, Memperkasa Pendidikan, Membina Harapan”.

+ - reset