TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Penanda arah kiblat dipasang di hentian rehat laluan pendakian Gunung Kinabalu

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 18 Nov. – Penanda arah kiblat yang telah disemak dan disahkan oleh Jabatan Mufti Negeri Sabah kini ditempatkan di beberapa hentian rehat sepanjang laluan pendakian Gunung Kinabalu bagi memudahkan pendaki beragama Islam menunaikan ibadah.

Inisiatif tersebut merupakan sebahagian daripada pengisian program pendakian Gunung Kinabalu yang disertai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Hasan bersama warga agensi di bawah kementerian berkenaan.

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa misi pendakian tersebut berjaya membawa kumpulan peserta menjejakkan kaki ke puncak tertinggi di Malaysia itu dengan lancar.

Menurut kenyataan itu lagi, selain pemasangan penanda arah kiblat, program kemasyarakatan bersama komuniti di Kampung Mesilou, Kundasang turut dianjurkan bagi memperkukuh hubungan antara penduduk setempat dengan warga agensi agama.

Sehubungan itu, JAKIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua agensi berkaitan, rakan strategik, petugas, malim gunung, serta komuniti setempat atas kerjasama padu dalam menjayakan keseluruhan program berkenaan.

Pihak jabatan turut berharap jalinan ukhuwah serta semangat kebersamaan yang dibina melalui program tersebut dapat terus menyuburkan usaha dakwah dan penyampaian khidmat kepada masyarakat.

+ - reset