Berita Berita
Tangan kanan atlet angkat berat negara terpaksa dipotong demi selamatkan nyawa
KUALA LUMPUR, 18 Nov. – Atlet angkat berat kebangsaan, Muhammad Hafizuddin Roslin selesai menjalani pembedahan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi, namun tangan kanannya terpaksa dipotong paras atas siku bagi menyelamatkan nyawanya.
Perkara itu disahkan Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM), Datuk Ayub Rahmat yang memaklumkan bahawa keputusan sukar itu dibuat atas saranan pasukan perubatan selepas pembedahan selama lebih tujuh jam dijalankan.
Menurut beliau, pihak doktor telah berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan anggota badan atlet berusia 22 tahun yang mesra disapa Udin itu, namun keadaan kecederaan yang dialami berisiko mengancam nyawanya jika tidak dipotong.
Terdahulu, Hafizuddin dilaporkan terbabit dalam nahas jalan raya membabitkan motosikal di Lebuhraya Sungai Besi–Ulu Kelang (SUKE) kira-kira jam 11 malam, ketika dalam perjalanan dari Ampang menuju ke Bukit Jalil.
Untuk rekod, atlet kelahiran Perlis itu merupakan pemenang pingat emas kategori 88 kilogram lelaki pada Sukan Komanwel Glasgow 2026 menerusi jumlah angkatan keseluruhan 345 kilogram, selain memegang rekod kebangsaan dan temasya bagi acara snatch dengan angkatan 162 kilogram.
Sementara itu, ahli keluarga Hafizuddin yang berada di HKL memohon orang ramai agar memberikan ruang privasi kepada mereka dan menyerahkan sebarang kenyataan rasmi kepada pihak persatuan serta hospital. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 18, 2026, 10:06 pm
1,200 sekolah di Zon 9 terima bekalan 100 peratus susu segar menerusi PSS
November 18, 2026, 9:26 pm
Pelajar lelaki Tingkatan Tiga ditemukan maut di SBP Kuala Kangsar
November 18, 2026, 8:36 pm
Pemuda UMNO dakwa kenyataan Tony Pua cubaan halus pertikai keputusan Agong
November 18, 2026, 8:31 pm
Bas persiaran terbabas, lima warga emas parah, 16 cedera
November 18, 2026, 7:22 pm
Tangan kanan atlet angkat berat dipotong, Taufiq hadir beri sokongan buat Udin
November 18, 2026, 6:00 pm
'Saya memang gemar berpantun' - Ahmad Maslan mohon maaf kepada Anwar isu pantun 'kencing' di Dewan Rakyat
November 18, 2026, 5:37 pm
Pejabat MB lapor polis, nafi Saarani mohon perkenan bubar DUN Perak
November 18, 2026, 11:48 am
Yuneswaran jumpa Mufti Besar India, tekankan peranan agama dalam memperkukuh perpaduan
November 18, 2026, 10:54 am
