TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Kanak-kanak autisme enam tahun ditemukan lemas selepas terjatuh dari jambatan di Labuan

By
|
Kongsi
image

LABUAN, 27 Nov. – Seorang kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh dari jambatan berhampiran kediamannya di perkampungan air Kampung Patau-Patau Dua di sini malam tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Labuan, Abd Rahman Ali berkata, anggotanya bersama Pasukan Penyelamat di Air (PPDA) bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 10.30 malam dan tiba tiga minit kemudian bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, mangsa berjaya ditemukan pada jam 12.57 tengah malam, namun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) di lokasi kejadian sebelum mayat dibawa ke hospital untuk tindakan lanjut. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset