Berita Berita
53 pendatang asing tanpa izin ditahan dalam serbuan serentak di Johor
JOHOR BAHRU, 27 Nov. – Seramai 53 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan atas pelbagai kesalahan imigresen menerusi siri serbuan serentak di sekitar negeri ini pada Selasa dan Rabu lalu.
Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, operasi bersepadu melibatkan Ops Sapu, Ops Minyak, Ops Gegar, Ops Selera serta Ops Belanja itu dijalankan bermula jam 12.30 tengah malam hingga 1.30 pagi pada Selasa, manakala serbuan pada Rabu dilaksanakan dari jam 12 tengah hari hingga 2.30 petang.
Menurutnya dalam satu kenyataan hari ini, serbuan tersebut menyasarkan pelbagai jenis premis perniagaan termasuk kedai telefon bimbit, kedai runcit, rumah kedai yang diubah suai menjadi asrama pekerja serta premis makanan bagi mengesan pelanggaran peraturan imigresen termasuk menggajikan pekerja asing tanpa permit sah.
Dalam operasi berkenaan, seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun yang bekerja sebagai pengurus turut ditahan, manakala enam notis dikeluarkan kepada saksi bagi membantu siasatan.
Mohd Rusdi memaklumkan tangkapan warga asing tersebut membabitkan 26 lelaki dan 10 wanita Indonesia, empat lelaki Bangladesh, tiga lelaki Myanmar, dua lelaki India, tiga wanita Thailand, dua wanita Vietnam serta tiga kanak-kanak warga Thailand terdiri daripada dua lelaki dan seorang perempuan.
Kesemua tahanan dewasa berusia antara 20 hingga 46 tahun dengan kebanyakan mereka bekerja sebagai tukang masak serta pelayan, selain sebahagiannya merupakan pelanggan di premis yang diserbu.
Kesemua mereka kini ditempatkan di Depot Imigresen Setia Tropika di sini untuk tindakan lanjut dan disiasat mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 serta Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
Tak pernah berpisah sejak lahir, kembar tiga terima ijazah serentak di USM
November 27, 2026, 9:20 pm
Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia
November 27, 2026, 5:15 pm
186,318 rumah baharu 'tak laku', dianggarkan hampir 40 bulan untuk habiskan stok
November 27, 2026, 3:42 pm
‘Solat adalah ibadah, jangan dibuat content’ – CEO Media Prima Audio mohon maaf, tegur dua DJ Fly FM
November 27, 2026, 3:36 pm
Mayat lelaki ditemui separuh tertanam di Nibong Tebal dikenal pasti sebagai warga Myanmar
November 27, 2026, 3:28 pm
