TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Ismail Lasim kekal MB Negeri Sembilan, enam EXCO baharu angkat sumpah jawatan

By
|
Kongsi
image

KUALA PILAH, 27 Nov. – Datuk Ismail Lasim kekal sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan selepas Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan melantik enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) hari ini, sekali gus membolehkan pentadbiran kerajaan negeri kembali dibentuk selepas berdepan kemelut hampir empat bulan.

Majlis Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan berlangsung di Istana Besar Seri Menanti di sini sebentar tadi dengan turut dihadiri Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.

Ismail turut mengumumkan senarai barisan EXCO berkenaan yang membabitkan empat wakil Barisan Nasional (BN) iaitu Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota, Suhaimi Aini; ADUN Senaling, Mohamad Qayyum Abd Jalil; ADUN Jeram Padang, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir (UMNO) serta ADUN Repah, Koh Kim Swee (MCA).

Turut dilantik membarisi kepimpinan kerajaan negeri ialah ADUN Gemas daripada WAWASAN, Ridzuan Ahmad serta ADUN Bagan Pinang daripada PAS, Abdul Fatah Zakaria.

Dalam kenyataannya, Ismail merakamkan ucapan tahniah kepada kesemua ADUN yang diperkenankan pelantikan sebagai EXCO di samping menjunjung kasih kepada Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan atas perkenan terhadap pelantikan tersebut. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset