Berita Berita
Pasangan kekasih ditahan JAINJ disyaki bersekedudukan hingga lahir seorang bayi
JOHOR BAHRU, 27 Nov. – Sepasang kekasih berusia 21 dan 20 tahun ditahan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) awal pagi tadi selepas disyaki melakukan persetubuhan luar nikah sehingga melahirkan seorang bayi.
JAINJ dalam satu kenyataan memaklumkan pasangan tersebut ditahan menerusi pemeriksaan di sebuah unit pangsapuri di Bandar Baru Uda kira-kira jam 1.50 pagi susulan aduan awam yang diterima jabatan berkenaan.
Ketika serbuan dijalankan, anggota penguat kuasa menemukan seorang bayi sedang tidur di atas alas lantai kediaman tersebut sebelum pasangan itu mengaku bayi berkenaan merupakan anak hasil hubungan mereka walaupun tidak mempunyai ikatan perkahwinan yang sah.
Menurut kenyataan itu, lelaki bujang berkenaan berasal dan bekerja di daerah ini manakala pasangannya berasal dari Muar, dengan hasil siasatan mendapati mereka menyewa rumah terbabit pada kadar RM800 sebulan dan tinggal bersama seperti suami isteri sejak kira-kira setahun lalu.
Ketika disoal berhubung perancangan mendirikan rumah tangga, kedua-duanya mengakui mempunyai hasrat untuk berkahwin namun masih belum menetapkan tarikh mahupun membuat sebarang persediaan awal.
Pasangan berkenaan kemudiannya ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 23 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor 1997 berkaitan kesalahan persetubuhan luar nikah. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
Tak pernah berpisah sejak lahir, kembar tiga terima ijazah serentak di USM
November 27, 2026, 9:20 pm
Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia
November 27, 2026, 5:15 pm
186,318 rumah baharu 'tak laku', dianggarkan hampir 40 bulan untuk habiskan stok
November 27, 2026, 3:42 pm
‘Solat adalah ibadah, jangan dibuat content’ – CEO Media Prima Audio mohon maaf, tegur dua DJ Fly FM
November 27, 2026, 3:36 pm
Mayat lelaki ditemui separuh tertanam di Nibong Tebal dikenal pasti sebagai warga Myanmar
November 27, 2026, 3:28 pm
