Berita Berita
Tindakan undang-undang MCMC tidak jejas pelaburan Google di Malaysia – PM
KUALA LUMPUR, 27 Nov. – Tindakan undang-undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) terhadap Google tidak akan menjejaskan pelaburan syarikat teknologi gergasi itu di Malaysia, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata, perkara tersebut disahkan selepas menghubungi Presiden dan Ketua Pegawai Pelaburan Google, Ruth Porat semalam yang turut memberi jaminan mengenai kerjasama syarikat berkenaan dalam menangani isu-isu yang dibangkitkan kerajaan.
Menurutnya kepada pemberita selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Bandar Baru Ampang di sini hari ini, antara isu yang dilaporkan kepada Google sebelum ini adalah kes perjudian dalam talian, namun tiada tindakan diambil selepas tempoh enam bulan.
Jelas Anwar, beliau telah membangkitkan perkara tersebut secara terus kepada pengurusan Google dan percaya syarikat terbabit sedang meneliti isu berkenaan serta mengambil tindakan sewajarnya.
Rabu lalu, MCMC mengumumkan suruhanjaya itu memfailkan dua saman terhadap Google LLC bagi menuntut jumlah ganti rugi sebanyak RM600 juta berhubung dakwaan kegagalan syarikat terbabit menangani kandungan berbahaya di platform YouTube. — Media Telus
Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube
Berita berkaitan
November 27, 2026, 10:46 pm
Seorang lagi pegawai TUDM ditahan dalam kes dadah RM4.83 juta, jumlah tangkapan kini 18 orang
November 27, 2026, 10:29 pm
Terpedaya gaji lumayan, 72 rakyat Malaysia diselamatkan di India, dipaksa jalankan penipuan siber
November 27, 2026, 9:45 pm
Tak pernah berpisah sejak lahir, kembar tiga terima ijazah serentak di USM
November 27, 2026, 9:20 pm
Dr Chandra Muzaffar meninggal dunia
November 27, 2026, 5:15 pm
186,318 rumah baharu 'tak laku', dianggarkan hampir 40 bulan untuk habiskan stok
November 27, 2026, 3:42 pm
‘Solat adalah ibadah, jangan dibuat content’ – CEO Media Prima Audio mohon maaf, tegur dua DJ Fly FM
November 27, 2026, 3:36 pm
Mayat lelaki ditemui separuh tertanam di Nibong Tebal dikenal pasti sebagai warga Myanmar
November 27, 2026, 3:28 pm
