TEPAT.BENAR.BEBAS
Date and Time:

Berita Berita

Lelaki dikhuatiri lemas dihanyutkan arus Sungai Raya ditemukan selamat

By
|
Kongsi
image

KUALA LUMPUR, 27 Nov. – Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas dihanyutkan arus Sungai Raya di Kampung Sungai Raya, Batu 9, Cheras di sini ditemukan selamat hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan mangsa telah berjaya dijumpai.

Terdahulu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa memasuki hari kedua hari ini dengan kerja-kerja pencarian disambung semula pada jam 9 pagi tadi membabitkan dua pasukan penyelamat meliputi jarak kira-kira lapan kilometer. — Media Telus

Boleh follow media sosial Media Telus di Facebook, Instagram, TikTok, Threads dan Youtube

+ - reset