Berita Hiburan
Rumah tangga bergolak, Fara Salleh minta Shuk Sahar ceraikannya

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 12 Ogos - Biarpun usia perkahwinan Shuk Sahar dan Fara Salleh belum mencapai setahun, namun rumah tangga mereka kini seperti kelihatan bergolak.
Ia susulan posting yang telah dimuatnaik oleh Fara menerusi aplikasi media sosial Thread yang menyatakan dirinya kesal apabila berkahwin.
“Menyesal kahwin is so real!” tulisnya.
Dalam posting berikutnya, Fara menafikan dakwaan seorang individu yang menyatakan dirinya berebut suami orang sehingga Shuk bercerai dengan bekas isterinya.
Dedah Fara, ketika Shuk menjalinkan hubungan dengannya, pelawak dan bekas penyampai radio itu juga sebenarnya mempunyai hubungan dengan wanita lain.
“Saya tak pernah rebut dia awak… dan dia bukan ada saya seorang ye kalau nak tau zaman tu. Boleh tanya sendiri tuan badan yang claim tu.
“Allah saksi saya. And circle of his friend pun tau benda ni. Saya simpan semua conversation with other girl tooooo!!! Am not the reason. Saya tak pernah bersuara pasal ni. Selama ni saya diam,” jelasnya.
Pada masa sama, menjawab soalan seorang lagi individu yang bertanyakan apa harapannya setelah membuat kenyataan, Fara menegaskan agar dia diceraikan.
“I hope he realise my statement and divorce me,” ujarnya. - Media Telus
#SHUKSAHAR #FARASALLEH #CERAI
Berita berkaitan
July 29, 2025, 9:21 am
Hafiz Suip sah bercerai, serah hak penjagaan anak kepada bekas isteri
July 16, 2025, 2:54 pm
Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah
July 15, 2025, 12:50 pm
Kertas siasatan insiden serang Shila Amzah dihantar ke Pendakwa Raya hari ini
July 13, 2025, 2:40 pm
Masuk campur urusan keluarga jadi punca Shila Amzah diserang – Polis
July 9, 2025, 11:57 am
Filem komedi Islamik ‘Isan Nikah’ dari Thailand tembusi pawagam Malaysia 17 Julai ini
June 27, 2025, 5:00 pm
Yasin Sulaiman kelihatan lebih sihat dan ceria di hospital bahagia
June 23, 2025, 12:15 pm
WHAM sifatkan pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar dunia kewartawanan
June 23, 2025, 11:58 am