Berita Hiburan
Kena saman polis, Nabila Razali minta maaf

KUALA LUMPUR 20 Ogos - Penyanyi dan pelakon Nabila Razali memohon maaf berhubung empat pertuduhan membenarkan dan memandu kereta dengan Lesen Kenderaan Motor (LKM) tamat tempoh serta tiada perlindungan insurans, Januari lalu.
Susulan itu, Nabila, 31, atau nama sebenar Nur Nabila Mohd Razali bersama ibunya Shamsidah Abdul
Rahman, 58, didenda RM480 oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, Melaka, hari ini.
Sehubungan itu, Nabila yang juga penyanyi lagu Tangis enggan memanjangkan isu itu dan memohon orang
ramai tidak mensensasikan perkara itu.
"Sebenarnya kereta itu saya hadiahkan pada ibu dan masih atas nama saya. Jadi, apabila terdapat kesalahan
jalan raya membabitkan kenderaan itu, sekali gus sebagai pemilik saya terpalit juga.
"Diakui pada hari kejadian kereta itu memang dipandu ibu. Perkara ini juga sudah dibawa ke mahkamah dan
ibu mengaku salah selaku orang kena saman (OKS).
"Semoga kejadian ini menjadi pengajaran bukan saja buat saya dan ibu, tapi juga seluruh rakyat Malaysia.
Sekali lagi, sebagai pemilik kereta ini saya mohon maaf," katanya.
Mengikut pertuduhan, Nabila sebagai pemilik kereta didapati membenarkan ibunya menggunakan kenderaan
itu dengan LKM tamat tempoh pada 29 September lalu dan tanpa polisi insurans bagi pihak ketiga. - Media Telus
#NABILARAZALI #SAMAN #LKM
Berita berkaitan
July 29, 2025, 9:21 am
Hafiz Suip sah bercerai, serah hak penjagaan anak kepada bekas isteri
July 16, 2025, 2:54 pm
Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah
July 15, 2025, 12:50 pm
Kertas siasatan insiden serang Shila Amzah dihantar ke Pendakwa Raya hari ini
July 13, 2025, 2:40 pm
Masuk campur urusan keluarga jadi punca Shila Amzah diserang – Polis
July 9, 2025, 11:57 am
Filem komedi Islamik ‘Isan Nikah’ dari Thailand tembusi pawagam Malaysia 17 Julai ini
June 27, 2025, 5:00 pm
Yasin Sulaiman kelihatan lebih sihat dan ceria di hospital bahagia
June 23, 2025, 12:15 pm
WHAM sifatkan pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar dunia kewartawanan
June 23, 2025, 11:58 am