Berita Viral
Najis dalam longgokan ikan bilis, Econsave segera lupus produk, ketatkan pemeriksaan
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 26 Ogos - Susulan video tular memaparkan objek didakwa najis dalam longgokan ikan bilis, pasaraya Econsave memaklumkan pihaknya telah mengambil tindakan segera dengan melupuskan produk dan membersihkan kawasan yang terlibat.
Econsave dalam satu kenyataan balas kepada Media Telus berkata, pihaknya amat kesal dengan insiden tersebut yang berlaku di cawangan Econsave Jalan Kebun.
"Setelah dimaklumkan, kami segera melupuskan produk terjejas dan membersihkan kawasan tersebut.
"Insiden ini tidak mencerminkan standard kami. Untuk masa hadapan, kami akan memperketat pemeriksaan kualiti dan audit pembekal untuk mengelakkan kejadian serupa daripada berulang," katanya.
Terdahulu, tular di media sosial rakaman seorang lelaki yang mendakwa telah menemukan objek seperi najis haiwan dalam longgokan ikan bilis di pasaraya Econsave Jalan Kebun.
Tambah Econvase, pihaknya menghargai kewaspadaan pelanggan dan media dalam membantu mereka mengekalkan kualiti dan keselamatan produk. - Media Telus
Berita berkaitan
April 24, 2026, 2:48 pm
(VIDEO) ‘Bayar 1 sen terus cabut lari’ – Pelanggan lari lepas buat bayaran tak munasabah
April 17, 2026, 11:25 am
Lelaki panjat siling, hendap wanita di tandas LRT Sentul direman
April 6, 2026, 2:33 pm
(VIDEO) Rakaman dashcam dedah aksi bahaya penunggang lawan arus Lebuhraya Karak
April 3, 2026, 3:49 pm
Tak hormat tempat ibadah, individu selamba curi duit tabung surau di Setiu, Terengganu.
April 2, 2026, 5:26 pm
(VIDEO) Warga asing didakwa usung bayi tengah pas demi raih simpati orang ramai
April 2, 2026, 11:32 am
(VIDEO) CCTV rakam budak Rohingya selamba mencuri di Machang, Kelantan
April 1, 2026, 12:33 pm
