Berita Dunia
Pemimpin Israel beri ‘lampu hijau’ orang Yahudi sembahyang, berdoa di Masjid al-Aqsa

TEL AVIV – Menteri pelampau Israel Itamar Ben Gvir sekali lagi mencetuskan kontroversi selepas memberi lampu hijau kepada penganut Yahudi untuk bersembahyang dan berdoa di Masjid al-Aqsa yang digelarkan sebagai Temple Mount.
Menteri Keselamatan Negara Israel itu dalam satu temubual memberitahu Radio Tentera Israel bahawa undang-undang negara itu tidak mendiskriminasi antara hak beragama untuk orang Yahudi dan islam di tapak suci itu.
“Dasar di Temple Mount (Masjid al-Aqsa) membenarkan bersembahyang,” kata Ben Gvir seperti yang dilaporkan The Times of Israel.
“Ia tidak seperti saya melakukan semua yang saya mahu di Temple Mount,” tambahnya.
“Jika saya melakukan semua yang saya mahukan di Temple Mount, bendera Israel sudah lama berkibar di sana.”
Ditanya sama ada dia akan meletakkan rumah ibadat di tapak itu jika dia boleh, dia menjawab, “Ya, ya, ya, ya.”
“Perdana Menteri (Benjamin Netanyahu) tahu bahawa apabila saya menyertai kerajaan saya berkata, dengan cara yang paling mudah bahawa tidak akan ada diskriminasi di Temple Mount, seperti orang Islam boleh berdoa di Tembok Barat,” kata Ben Gvir.
Walaupun undang-undang Israel secara teknikal membenarkan orang Yahudi berdoa di mana-mana di negara yang dijajah itu, mahkamah bagaimanapun mengekalkan budi bicara polis untuk menguatkuasakan larangan solat Yahudi sebagai sebahagian daripada perjanjian status quo sensitif yang mengawal tapak tersebut.
Pada Julai lalu menteri pelampau itu mencetuskan kemarahan umat Islam apabila memasuki perkarangan Masjid al-Aqsa.
Beliau merakam video mengatakan dia pergi untuk bersembahyang, dalam satu tindakan provokatif ketika dia berusaha untuk mengganggu rundingan gencatan senjata.
Ben-Gvir, seorang ultranasionalis dan juara gerakan peneroka haram Yahudi, membuat rakaman di perkarangan masjid al-Aqsa.
Berhampiran dengan Masjid Al-Qibli, Ben-Gvir bercakap berhampiran dengan anggota keselamatan peribadinya di belakangnya dan seorang anggota bersenjata polis sempadan Israel yang meronda berhampiran.
Dia berkata, dia telah datang ke perkarangan untuk berdoa agar tebusan Israel yang ditawan oleh militan Palestin di Gaza dikembalikan “tetapi tanpa perjanjian melulu, tanpa menyerah”.
Dia menambah bahawa dia “berdoa dan bekerja keras” untuk Benjamin menentang tekanan antarabangsa untuk menandatangani perjanjian gencatan senjata dan sebaliknya meneruskan kempen ketenteraan di Gaza.
Dalam pada itu Netanyahu dilaporkan berkata, “tidak ada perubahan kepada status quo di Temple Mount,” selepas Menteri Keselamatan Negara Itamar Ben Gvir mendakwa bahawa orang Yahudi boleh berdoa di Masjid al-Aqsa.- Agensi
Berita berkaitan
June 18, 2025, 2:06 pm
Ribuan penduduk Israel larikan diri ke Cyprus melalui laut susulan konflik dengan Iran
June 18, 2025, 12:09 pm
Gunung berapi meletus di Indonesia, 24 penerbangan keluar masuk ke Bali dibatalkan
June 17, 2025, 3:11 pm
CPJ kutuk serangan Israel terhadap stesen TV Iran
June 17, 2025, 12:15 pm
Pesawat British Airways ke India patah balik akibat kerosakan sayap
June 17, 2025, 11:17 am
Warga China diminta segera tinggalkan Israel, disaran ke Jordan
June 13, 2025, 10:23 am
Israel sah serang Tehran, Iran siap sedia barisan tentera
June 12, 2025, 5:08 pm
Pesawat Air India bawa 242 penumpang terhempas selepas berlepas dari Ahmedabad
June 9, 2025, 3:25 pm
AS kuatkuasa larangan kemasukan rakyat dari 12 negara
June 4, 2025, 11:44 am