Berita Sukan
Pingat emas Sukan Paralimpik Paris 2024 hadiah buat rakyat - Liek Hou

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 3 Sept. - Pemain badminton para negara, Cheah Liek Hou menghadiahkan pingat emas pertama negara yang dimenangi dalam Sukan Paralimpik Paris 2024 kepada rakyat Malaysia.
Liek Hou menerusi akaun media sosialnya berkata, hadiah itu ditujukan buat rakyat Malaysia sebagai tanda terima kasih kerana sokongan tidak berbelah bahagi yang diberikan selama ini.
"Terima kasih banyak atas sokongan daripada seluruh rakyat Malaysia. Liek Hou akan cuba satu satu balas nanti.
"Liek Hou dapat rasa sokongan daripada anda semua. Sekarang sini sudah 3 pagi. Nanti saya sambung lagi ya. Liek Hou telah berjaya dan pingat emas ini adalah untuk anda semua," katanya.
Selain ucapan penghargaan, Liek Hou turut mempamerkan bahagian depan dan belakang serta ukiran pingat emas yang berjaya dimenanginya.
Pada perlawanan akhir yang berlangsung di Porte de la Chapelle Arena, Paris malam tadi (waktu tempatan), juara dunia lapan kali itu tidak berdepan banyak masalah apabila menang 21-13, 21-15 ke atas pemain Indonesia, Suryo Nugroho dalam tempoh 42 minit.
Untuk rekod, di bawah Skim Hadiah Kemenangan Sukan (SHAKAM), Liek Hou bakal menikmati habuan RM1 juta selaku pemenang pingat emas Sukan Paralimpik, sama seperti yang diterima ketika menjadi juara pada Paralimpik Tokyo sebelum ini. - Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am