Berita Sukan
Bonnie hadiah emas kedua buat Malaysia, pecah rekod dunia

KUALA LUMPUR 6 Sept - Atlet powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin menepati ramalan untuk menghadiahkan Malaysia pingat emas kedua di Sukan Paralimpik Paris 2024 dengan mengungguli aksi di Porte de La Chapelle Arena, sebentar tadi.
Beraksi dalam kategori 72 kilogram (kg) lelaki, apa yang lebih mengagumkan adalah kemenangan turut Bonnie memecahkan rekod dunia dengan angkatan 232 kg yang dilakukannya pada cubaan ketiga.
Turut sebagai pilihan utama dan juara bertahan dari Tokyo 2020, atlet kelahiran Sarawak itu tampak tidak bermasalah mempertahankan emas miliknya selepas melakukan angkatan 221 kg pada cubaan pertama.
Lebih menarik, angkatan Bonnie yang juga pemegang rekod dunia sebelum ini dengan 231kg jelas jauh daripada pencabarnya yang lain ketika itu.
Dan sekalipun cubaan keduanya pada berat 226kg tidak berjaya, Bonnie mengerahkan segala keringat untuk mencipta kejutan pada angkatan terakhirnya.
Atlet China, Hu Peng meraih pingat perak dengan angkatan 214kg dengan atlet Itali, Donato Telesca gangsa dengan angkatan 213kg.
Sebelum ini, Malaysia meraih pingat emas pertama di Paralimpik Paris 2024 menerusi jaguh badminton para negara, Cheah Liek Hou dalam acara perseorangan lelaki SU5 (kecacatan fizikal), Isnin lalu.
Lebih menarik, kejayaan Liek Hou turut berlangsung di gelanggang sama.
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm