Berita Sukan
Di sebalik kemenangan Pestabola Merdeka, Kim Swee tegur keadaan padang SNBJ

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 9 Sept. - Skuad bola sepak negara akhirnya berjaya merangkul piala Pestabola Merdeka 2024 malam tadi selepas menewaskan Lubnan 1-0.
Namun, di sebalik kejayaan itu, bekas jurulatih skuad bola sepak negara, Datuk Ong Kim Swee sempat menegur keadaan padang bola sepak Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang dilihat agak tidak selamat untuk pemain.
"Tahniah kepada pasukan kebangsaan kita @FAM_Malaysia kerana memenangi Pestabola Merdeka. Bagaimanapun, semasa meraikan kejayaan ini, penting untuk mengatasi situasi padang Stadium Nasional.
"Ia agak membimbangkan dan tidak menggambarkan piawaian yang sesuai dengan pasukan dan acara yang begitu hebat.
"Keadaan padang yang buruk bukan sahaja menjejaskan keselamatan pemain, tetapi menjejaskan kualiti keseluruhan permainan.
"Kami berharap pada masa hadapan, langkah-langkah yang sewajarnya akan diambil untuk memastikan padang itu dikekalkan pada standard tertinggi,” katanya yang disiarkannya di platform X hari ini.
Kim Swee berkata, pemain Malaysia berhak mendapat persekitaran yang lebih baik untuk mempamerkan kehebatan mereka dan bermain dengan selamat. - Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am