Berita Sukan
Naik satu anak tangga, Zii Jia kini nombor tiga dunia

KUALA LUMPUR 10 Sept - Jaguh perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia mendaki satu anak tangga untuk berada di kedudukan ketiga berbanding keempat dunia sebelum ini.
Perkembangan positif itu dikongsi menerusi kemas kini ranking oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada Selasa.
Biarpun tersingkir pada pusingan awal Terbuka Jepun bulan lalu, namun pemain berusia 26 tahun itu mencatat peningkatan hasil rentak positif termasuk merangkul pingat gangsa Sukan Olimpik 2024 di Paris.
Zii Jia mengumpul 83,716 mata meninggalkan dua lagi pemain iaitu pemenang pingat perak Sukan Olimpik Paris dari Thailand, Kunlavut Vitidsarn (lapan) dan Anders Antonsen dari Denmark (lima).
Sebagai rekod, kali terakhir pemain kelahiran Kedah itu menghuni ranking ketiga dunia adalah pada pada 20 Oktober 2022.
Setelah 99 minggu, Zii Jia kembali menghuni ranking ketiga dunia dengan jaguh China, Shi Yu Qi memimpin carta dan juara Olimpik, Viktor Axelsen di tangga kedua.
Dua lagi wakil negara, Ng Tze Yong serta Leong Jun Hao masih kekal dalam kelompok 30 pemain terbaik dengan masing-masing berada di tangga ke-25 dan 29 dunia.
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am