Berita Sukan
Persediaan Olimpik 2028: BAM beri bayangan tukar barisan jurulatih

KUALA LUMPUR 10 Sept - Pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky memberitahu satu perbincangan mengenai kedudukan barisan kejurulatihan skuad badminton negara akan diputuskan bersama pengurusan tertinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 24 September ini.
Katanya, ia sebagai langkah dalam menyusun perancangan jangka masa panjang ke arah menghadapi Sukan Olimpik Los Angeles 2028.
"Kita akan bincang sama ada perlu untuk kita buat pertukaran atau penambahan jurulatih. Namun, ini hanya akan membabitkan acara yang difikirkan perlu," katanya dalam laporan Berita Harian.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi latihan skuad negara di ABM di sini, hari ini.
Pada Mei lalu, BAM mengiklankan jawatan kosong bagi mencari jurulatih perseorangan lelaki yang baharu buat skuad senior kebangsaan.
Ketika ini, skuad perseorangan lelaki dikendalikan tiga jurulatih iaitu Hendrawan, Datuk Tey Seu Bock dan James Chuah.
Mengulas mengenai iklan jawatan kosong itu, Rexy, berkata: "Perkara ini juga kita akan bincangkan pada 24 September ini. Kita sudah ada nama-nama tetapi semua akan diputuskan dalam mesyuarat itu nanti," katanya.
Hendrawan sudah berkhidmat bersama BAM sejak 2009 manakala Seu Bock yang membantu Datuk Lee Chong Wei memenangi tiga pingat perak Sukan Olimpik mula bergelar jurulatih kebangsaan pada 2002.
James, bekas juara Terbuka Malaysia, pula memulakan tugasnya selaku jurulatih perseorangan lelaki negara pada Julai 2022.
Dalam pada itu, Rexy berkata pihaknya juga akan membincangkan keperluan untuk mengecilkan jumlah pemain dalam skuad senior dan remaja kebangsaan.
Katanya, jumlah pemain dalam kedua-dua pasukan itu ketika ini dilihat agak tinggi berbanding yang diperlukan iaitu sekitar 50 pemain bagi skuad senior dan remaja.
"Sekarang 70 (pemain remaja) tak silap dan akan kurangkanlah manakala senior ada 50 lebih pemain.
"Jadi kita akan akan bincang dengan jurulatih semua berapa jumlah yang ideal berapa di setiap acara," katanya.
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am