Berita Dunia
Ada pelajar Islam, Jepun mula sedia makanan halal di sekolah

TOKYO 11 Sept - Beberapa sekolah rendah dan menengah di dua bandar dalam wilayah Ibaraki menyediakan makanan halal yang boleh dinikmati pelajar beragama Islam, lapor akhbar The Mainichi semalam.
Menurut pusat makan tengah hari sekolah di bandar Sakai, mereka menyediakan makanan halal kepada sekolah rendah dan menengah di bandar itu termasuk jirannya, Goka.
“Kami mahu semua orang menikmati makanan tengah hari yang sama tanpa mengira agama. Kami juga mahu kanak-kanak warga Jepun belajar tentang tabiat pemakanan dan kepelbagaian dunia,” kata pusat tersebut.
Tambah pusat makanan tersebut, Islam melarang umatnya untuk memakan daging babi, serta daging lembu dan ayam yang tidak dimasak mengikut prosedur yang ditetapkan.
“Atas sebab ini, kira-kira 35 pelajar di Sakai dan empat lagi di Goka tidak boleh menikmati hidangan tengah hari yang disediakan di sekolah. Mereka perlu membawa bekal sendiri,” tambahnya.
Pusat itu menyediakan menu halal bermula 4 September lalu, yang terdiri daripada tempura sotong, telur, sayur-sayuran dan pelbagai lauk lain untuk dimakan bersama nasi, sup miso, jus epal dan buah oren.
Seramai 23 pelajar termasuk warga asing di Sekolah Rendah Perbandaran Sakai menikmati hidangan tengah hari halal itu buat pertama kali.
“Makanan tengah hari pertama kali di sekolah saya sangat sedap! Saya gembira dan makan bersama pelajar lain!” kata seorang pelajar warga Pakistan.
Sementara itu, susat makanan tersebut merancang untuk menawarkan makanan tengah hari sekolah berstatus halal secara berkala pada masa hadapan.
Ia juga merancang untuk mempertimbangkan menu untuk pelajar dengan kepelbagaian budaya seperti vegan. – AGENSI
Berita berkaitan
June 18, 2025, 2:06 pm
Ribuan penduduk Israel larikan diri ke Cyprus melalui laut susulan konflik dengan Iran
June 18, 2025, 12:09 pm
Gunung berapi meletus di Indonesia, 24 penerbangan keluar masuk ke Bali dibatalkan
June 17, 2025, 3:11 pm
CPJ kutuk serangan Israel terhadap stesen TV Iran
June 17, 2025, 12:15 pm
Pesawat British Airways ke India patah balik akibat kerosakan sayap
June 17, 2025, 11:17 am
Warga China diminta segera tinggalkan Israel, disaran ke Jordan
June 13, 2025, 10:23 am
Israel sah serang Tehran, Iran siap sedia barisan tentera
June 12, 2025, 5:08 pm
Pesawat Air India bawa 242 penumpang terhempas selepas berlepas dari Ahmedabad
June 9, 2025, 3:25 pm
AS kuatkuasa larangan kemasukan rakyat dari 12 negara
June 4, 2025, 11:44 am