Berita Hiburan
Fazura fail cerai terhadap Fattah

KUALA LUMPUR 13 Sept. - Pelakon wanita terkenal, Nur Fazura Sharifuddin dilaporkan telah memfailkan cerai terhadap suaminya, Fattah Amin di mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada Jumaat.
Difahamkan, perkara itu disahkan oleh sumber yang bagaimanapun enggan mendedahkan butiran terperinci mengenai hal tersebut.
"Iya, Fazura sudah failkan perceraian sebelum tengah hari tadi. Dia tidak hadir ke mahkamah, sebaliknya, urusan memfailkan perceraian itu dibuat peguam yang mewakilinya.
"Buat masa ini, punca perceraian tidak didedahkan,” katanya seperti dilaporkan BH Online.
Untuk rekod, Fattah dan Fazura berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, 4 tahun.
Namun, rumah tangga pasangan itu mula menjadi bualan warganet apabila mereka dikatakan sudah tidak lagi meninggalkan komen atau tanda suka dalam hantaran di akaun masing-masing. - Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 9:21 am
Hafiz Suip sah bercerai, serah hak penjagaan anak kepada bekas isteri
July 16, 2025, 2:54 pm
Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah
July 15, 2025, 12:50 pm
Kertas siasatan insiden serang Shila Amzah dihantar ke Pendakwa Raya hari ini
July 13, 2025, 2:40 pm
Masuk campur urusan keluarga jadi punca Shila Amzah diserang – Polis
July 9, 2025, 11:57 am
Filem komedi Islamik ‘Isan Nikah’ dari Thailand tembusi pawagam Malaysia 17 Julai ini
June 27, 2025, 5:00 pm
Yasin Sulaiman kelihatan lebih sihat dan ceria di hospital bahagia
June 23, 2025, 12:15 pm
WHAM sifatkan pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar dunia kewartawanan
June 23, 2025, 11:58 am