Berita Berita
PM sindir pembangkang yang menyepi walaupun ringgit sedang kukuh
Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 20 Sept. - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mempersoalkan pembangkang yang masih menyepi walaupun ringgit sedang kukuh kini.
Jelasnya, tindakan Rizab Persekutuan AS (untuk memotong kadar pinjaman utama) akan memberi ruang untuk pengukuhan ringgit.
"Alhamdulillah, ringgit lebih baik walaupun kadang-kadang rakan sebelah sana tak nampak, tetapi kalau ringgit jatuh, dia hentam dan caci berterusan," katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Kampung Pasir, hari ini.
Terdahulu, Rizab Persekutuan AS telah memotong kadar pinjaman utamanya sebanyak setengah mata peratus, pengurangan pertama sejak pandemik Covid-19.
Rizab Persekutuan AS memutuskan untuk memotong Kadar Faedah Federal (FFR) sebanyak 50 mata asas, menjadikannya 4.75 peratus - 5.00 peratus daripada 5.25 peratus - 5.50 peratus.
Walau bagaimanapun, ahli ekonomi berkata Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mungkin bergerak seiring secara langsung dengan pemotongan agresif oleh Fed.
Ringgit telah mengukuh kepada 4.1789 berbanding dolar AS, disokong oleh pemotongan kadar baru-baru ini oleh Fed AS.
Ringgit Malaysia telah mencecah RM4.19 berbanding dolar AS hari ini. - Media Telus
Berita berkaitan
March 3, 2026, 10:32 am
23 sekeluarga hilang tempat tinggal, empat rumah rentung dalam kebakaran di Tanjung Tokong
March 3, 2026, 10:22 am
Kerajaan tak benarkan majikan langgar undang-undang buruh gajikan pekerja asing - Ramanan
March 3, 2026, 9:54 am
Tak cukup dua 2 undi, RUU had tempoh 10 tahun jawatan PM gagal peroleh sokongan dua pertiga
March 2, 2026, 7:13 pm
PM tamat tempoh berkhidmat boleh terus jadi wakil rakyat, dilantik menteri - Azalina
March 2, 2026, 7:01 pm
Penuntut IPT didakwa pijak al-Quran berdepan dua pertuduhan di Mahkamah Sesyen Kuantan esok
March 2, 2026, 3:50 pm
Empat suspek curi tabung Masjid Seksyen 7 didakwa esok
March 2, 2026, 3:13 pm
