Berita Dunia
Taiwan dedah China penggodam global sebenar

TAIPEI 24 Sept - Taiwan hari ini membalas dakwaan China dengan mengatakan negara itu adalah penggodam global sebenar, selepas Beijing menuduhnya mendalangi serangan siber menyasarkan tanah besar China, Hong Kong dan Macau.
Pegawai kanan Taiwan di Taipei hari ini tampil memberitahu tuduhan bahawa pihaknya mendalangi serangan siber adalah berita palsu.
Kementerian Keselamatan China semalam mendakwa kumpulan penggodam Taiwan yang dikenali sebagai Anonymous 64 melakukan serangan siber dan menggesa netizen melaporkan kes 'sabotaj anti-propaganda'.
Kementerian itu turut menamakan tiga warga Taiwan sebagai sebahagian daripada kumpulan itu dan menyiarkan gambar mereka.
Taiwan yang ditadbir secara demokratik dan didakwa China sebagai wilayahnya sendiri, sering mengadu wilayahnya menjadi mangsa penggodaman dan maklumat salah oleh China, tetapi jarang sekali Beijing membuat tuduhan seumpamanya terhadap Taipei.
Bercakap kepada pemberita di Parlimen, Menteri Pertahanan Taiwan, Wellington Koo berkata, China adalah penggodam utama di seluruh dunia.
"China adalah negara pertama dalam serangan siber harian, melakukannya terhadap Taiwan dan negara yang mempunyai cita-cita demokrasi sama. Mereka pencetus sebenar," katanya sambil menegaskan tuduhan China itu tidak benar.
"Mengenai apa yang diterbitkan mereka, tentera mempunyai komitmen teguh untuk terus bertindak tanpa rasa takut untuk mempertahankan negara dan tidak akan mengelak daripada berbuat demikian," katanya.
Perdana Menteri Taiwan, Cho Jung-tai yang turut berucap di Parlimen, berkata China menyebarkan berita palsu untuk menyerang Taiwan
"Kami mesti bertindak balas secara paksa terhadap tuduhan berita palsu terhadap kami," katanya.
China tidak pernah meninggalkan penggunaan kekerasan untuk membawa Taiwan di bawah kawalannya.
Kerajaan Taiwan menolak tuntutan kedaulatan Beijing dengan mengatakan hanya penduduk pulau itu boleh menentukan masa depan mereka sendiri.
China membenci Presiden Taiwan Lai Ching-te dan menggelarnya sebagai 'pemisah' selain berulang kali menolak tawaran Ching-te untuk berunding. - REUTERS
Berita berkaitan
June 18, 2025, 2:06 pm
Ribuan penduduk Israel larikan diri ke Cyprus melalui laut susulan konflik dengan Iran
June 18, 2025, 12:09 pm
Gunung berapi meletus di Indonesia, 24 penerbangan keluar masuk ke Bali dibatalkan
June 17, 2025, 3:11 pm
CPJ kutuk serangan Israel terhadap stesen TV Iran
June 17, 2025, 12:15 pm
Pesawat British Airways ke India patah balik akibat kerosakan sayap
June 17, 2025, 11:17 am
Warga China diminta segera tinggalkan Israel, disaran ke Jordan
June 13, 2025, 10:23 am
Israel sah serang Tehran, Iran siap sedia barisan tentera
June 12, 2025, 5:08 pm
Pesawat Air India bawa 242 penumpang terhempas selepas berlepas dari Ahmedabad
June 9, 2025, 3:25 pm
AS kuatkuasa larangan kemasukan rakyat dari 12 negara
June 4, 2025, 11:44 am