Berita Hiburan
Tiada lafaz cerai, Fattah mohon doa orang ramai kerana masih sayang Fazura

SHAH ALAM 25 Sept - Pelakon Fattah Amin masih berpegang dengan kenyataannya sebelum ini iaitu masih menyayangi isterinya, Nur Fazura Sharifuddin biarpun wanita memfailkan perceraian pada 13 September lalu.
Fazura memfailkan perceraian itu sehari sebelum ulang tahun kelahiran Fattah.
Fattah atau nama sebenarnya, Abdul Fattah Mohd Amin, 33, percaya masih ada sinar untuk menyelamatkan rumah tangga, selain menjelaskan, tiada lafaz talak yang berlaku pada sebutan kes permohonan perceraian, hari ini.
"Saya memohon orang ramai terus mendoakan yang terbaik. Saya masih sayangkan Fazura.
"Tidak terjadi perkara itu (melafazkan talak) hari ini," katanya ditemui selepas prosiding kes di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, di sini, hari ini.
Pelakon filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan dan Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu berkata, segala ujian melanda rumah tangga bersama Fazura adalah ketentuan Ilahi.
"Apa yang terjadi sudah takdir Ilahi. Tiga perkara yang perlu yakin adalah jodoh, ajal dan rezeki. Semua itu Allah sudah atur dan tetapkan bagaimana jalannya," kata Fattah.
Fattah yang riak wajahnya kelihatan sugul semasa membicarakan mengenai kemelut rumah tangganya berkata, dia sempat berjumpa dengan anak, Nur Fatima Aisya, semalam.
"Semalam, saya sempat berjumpa Fatima," kata Fattah ringkas.
Ditanya mengenai dakwaan mengaitkan dirinya berlaku curang dan kali terakhir menghubungi Fazura, Fattah enggan memberi sebarang komen lanjut.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari di sini, hari ini menangguhkan kes perceraian pasangan selebriti itu kepada tarikh baharu, 7 Oktober ini.
Peguam syarie mewakili Fattah Amin, Zulkifli Che Yong memaklumkan, anak guamnya masih belum bersetuju untuk melepaskan Fazura semasa sebutan kes permohonan perceraian, pagi tadi.
Berita berkaitan
July 29, 2025, 9:21 am
Hafiz Suip sah bercerai, serah hak penjagaan anak kepada bekas isteri
July 16, 2025, 2:54 pm
Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah
July 15, 2025, 12:50 pm
Kertas siasatan insiden serang Shila Amzah dihantar ke Pendakwa Raya hari ini
July 13, 2025, 2:40 pm
Masuk campur urusan keluarga jadi punca Shila Amzah diserang – Polis
July 9, 2025, 11:57 am
Filem komedi Islamik ‘Isan Nikah’ dari Thailand tembusi pawagam Malaysia 17 Julai ini
June 27, 2025, 5:00 pm
Yasin Sulaiman kelihatan lebih sihat dan ceria di hospital bahagia
June 23, 2025, 12:15 pm
WHAM sifatkan pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar dunia kewartawanan
June 23, 2025, 11:58 am