Berita Sukan
Selepas 15 tahun, BAM tak sambung kontrak Hendrawan

KUALA LUMPUR 7 Sept - Kontrak jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan tidak disambung selepas 15 tahun menerajui barisan kejurulatih tersebut.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengarah Kejurulatihan Akademi Badminton Malaysia (ABM), Rexy Mainaky ketika diminta mengulas mengenai tentang penstrukturan semula barisan kejurulatihan badan induk itu bermula musim depan.
Tegas Rexy, penstrukturan semula itu dibuat untuk memperkemaskan lagi barisan kejurulatihan agar lebih banyak kejayaan mampu dicapai mereka selepas ini.
“BAM mengucapkan terima kasih kepada Hendrawan kerana sudah memberi sumbangan dari segi pengalaman dan pengetahuannya selama 15 tahun. Dia juga berjaya membantu Datuk Lee Chong Wei menang pingat perak (Sukan Olimpik), turut melatih Lee Zii Jia.
“Kita perlu melakukan perubahan dan mengharapkan (jurulatih baru) yang akan dilantik akan menghasilkan pemain yang berkualiti sekali gus kita akan menghasilkan lebih ramai pemain yang boleh jadi juara dalam apa-apa kejohanan,” katanya pada sesi latihan di ABM di Bukit Kiara hari ini.
BAM mengesahkan bahawa mereka tidak menyambung kontrak bersama jurulatih perseorangan lelaki, Hendrawan.Hendrawan yang menyertai BAM pada tahun 2009 itu telah membimbing Datuk Lee Chong Wei dengan meraih pingat perak di Olimpik Rio de Janeiro 2016.
Jurulatih berusia 52 tahun tersebut turut melatih Lee Zii Jia sebelum menjadi pemain profesional pada 2022 dan turut membimbing Ng Tze Yong.
Dalam pada itu, Rexy berkata, pihaknya masih belum melengkapkan tiga ketua jurulatih bagi jawatan perseorangan lelaki, perseorangan wanita dan jurulatih bagi beregu wanita.
Katanya, antara calon jurulatih yang akan mengisi kekosongan itu mestilah mempunyai idea yang segar dan mampu meletakkan pemain negara berada pada tahap terbaik.
Senarai Barisan Kejurulatihan BAM:
Pengarah Kejurulatihan: Rexy Mainaky
Perseorangan lelaki
Ketua Jurulatih: TBC
Jurulatih: Alvin Chew, K Yogendran
Jurulatih Utama Pelapis: Datuk Tey Seu Bock
Jurulatih Pelapis: Goh Giap Chin
Perseorangan Wanita
Ketua Jurulatih: TBC
Jurulatih: Jeffer Rosobin, Misbun Ramdan
Jurulatih Utama Pelapis: Aaron Lee
Jurulatih Pelapis: Sylvia Kavita
Beregu Lelaki
Ketua Jurulatih: Tan Bin Shen
Jurulatih: Muhammad Miftakh, Poh Chai Boon
Jurulatih Utama Pelapis: Pang Cheh Chang
Jurulatih Pelapis: Hoon Thien How
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am