Berita Dunia
22 pelajar, 3 guru maut bas sekolah terbakar

BANGKOK 2 Okt - Seramai 25 orang disahkan terkorban dalam kejadian kebakaran bas sekolah di Pathum Thani, semalam.
Jurucakap pihak berkuasa mengesahkan bas itu antara tiga bas yang disewa oleh Sekolah Wat Khao Phaya Sangkharam di Uthai Thani, untuk membawa pelajar sekolah rendah dan guru bersiar-siar ke Ayutthaya.
Beliau berkata, selepas kebakaran dipadamkan, mereka menemui sejumlah 22 mayat pelajar dan tiga mayat guru.
"Sejumlah 19 individu yang lain terselamat," katanya.
Timbalan Pesuruhjaya Biro Polis Wilayah 1, Mejar Jeneral Sipakhom Iamwong, mengesahkan bas berkenaan membawa 38 pelajar dan enam guru.
Beliau berkata, usaha mengeluarkan mayat agak mencabar kerana kerosakan besar yang disebabkan oleh kebakaran itu.
Terdahulu, pasukan forensik polis tiba di tempat kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari.
Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Dalam Negeri, Anutin Charnvirakul, berkata bantuan kren diperlukan untuk mengakses bahagian dalam bas dengan selamat.
Difahamkan, ketika kejadian, guru dan pelajar itu melawat Wat Phra Si Sanphet di Ayutthaya.
Mereka kemudian menuju ke pusat pembelajaran Pejabat Penjanaan Elektrik Phra Ram 6 di daerah Bang Kruay Nonthaburi apabila kemalangan itu berlaku. - Agensi
Berita berkaitan
June 18, 2025, 2:06 pm
Ribuan penduduk Israel larikan diri ke Cyprus melalui laut susulan konflik dengan Iran
June 18, 2025, 12:09 pm
Gunung berapi meletus di Indonesia, 24 penerbangan keluar masuk ke Bali dibatalkan
June 17, 2025, 3:11 pm
CPJ kutuk serangan Israel terhadap stesen TV Iran
June 17, 2025, 12:15 pm
Pesawat British Airways ke India patah balik akibat kerosakan sayap
June 17, 2025, 11:17 am
Warga China diminta segera tinggalkan Israel, disaran ke Jordan
June 13, 2025, 10:23 am
Israel sah serang Tehran, Iran siap sedia barisan tentera
June 12, 2025, 5:08 pm
Pesawat Air India bawa 242 penumpang terhempas selepas berlepas dari Ahmedabad
June 9, 2025, 3:25 pm
AS kuatkuasa larangan kemasukan rakyat dari 12 negara
June 4, 2025, 11:44 am