Berita Hiburan
(VIDEO) Fazura titip kepercayaan pada takdir, isyarat kemelut rumah tangga

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Pelakon popular, Nur Fazura, mencetuskan tanda tanya di kalangan peminat apabila memuat naik status di Instagram Story (IGs) pagi ini yang seakan-akan memberi bayangan mengenai isu rumah tangganya.
Fazura meluahkan keyakinan terhadap ketentuan ilahi dan menyerahkan sepenuhnya masa depannya kepada perancangan Tuhan.
Dalam perkongsian itu, Fazura menulis bahawa walaupun sukar melihat hikmah di sebalik ujian pada masa sekarang, dia yakin bahawa Tuhan sedang merancang sesuatu yang lebih baik untuknya di masa hadapan.
"Sentiasa yakin, berharap, dan berserah sepenuhnya kepada perancangan Allah. Mungkin sekarang kamu tidak nampak jalannya, tetapi percayalah, Dia sedang membawa kamu menuju kebahagiaan yang jauh lebih besar. Insya-Allah," tulisnya.
Dalam status lain, Fazura turut mengungkapkan bahawa dia rela menerima segala ketentuan, walaupun bukan seperti yang diingini.
"Kita perlu belajar menerima apa yang bukan untuk kita, dengan cara yang sama kita menerima apa yang memang ditakdirkan untuk kita," tambahnya.
Krisis rumah tangga capai kemuncak
Pada pagi ini, keputusan berkaitan kemelut rumah tangga antara Fazura dan suaminya, Fattah Amin, bakal ditentukan di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor. Tuntutan perceraian yang difailkan oleh Fazura akan dibicarakan selepas penangguhan kes selama dua minggu sebelum ini.
Dalam perbicaraan pertama pada 25 September lalu, Fattah, 33, enggan menceraikan Fazura atas alasan masih mencintai isterinya, sementara Fazura bertegas untuk meneruskan tuntutan perceraian.
Pihak mahkamah telah membenarkan penangguhan kes bagi memberi ruang kepada pihak defendan untuk mencuba menyelesaikan isu tersebut secara baik.
Pasangan selebriti ini berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun. Keputusan mahkamah pagi ini akan menentukan hala tuju masa depan perkahwinan mereka. - Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 9:21 am
Hafiz Suip sah bercerai, serah hak penjagaan anak kepada bekas isteri
July 16, 2025, 2:54 pm
Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah
July 15, 2025, 12:50 pm
Kertas siasatan insiden serang Shila Amzah dihantar ke Pendakwa Raya hari ini
July 13, 2025, 2:40 pm
Masuk campur urusan keluarga jadi punca Shila Amzah diserang – Polis
July 9, 2025, 11:57 am
Filem komedi Islamik ‘Isan Nikah’ dari Thailand tembusi pawagam Malaysia 17 Julai ini
June 27, 2025, 5:00 pm
Yasin Sulaiman kelihatan lebih sihat dan ceria di hospital bahagia
June 23, 2025, 12:15 pm
WHAM sifatkan pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar dunia kewartawanan
June 23, 2025, 11:58 am