Berita Hiburan
(VIDEO) Fattah nafi tak beri nafkah, berlaku curang terhadap Fazura

Oleh AZRUL RADI
Video MOHSIN DADAMEAH
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Pelakon, Fattah Amin menafikan dakwaan bekas isterinya, Nur Fazura bahawa dia berlaku curang dan tidak memberikan nafkah.
Malah kata Fattah, perkara itu satu tohmahan untuk memalukan dirinya.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
"Saya nafikan perkara itu. Peguam pun dah cakap tidak wujud (curang) tetapi kenapa tiba-tiba a kes curang.
"Itu semua saya nafikan. Itu semua tak betul. Saya pun ada bukti. Sebalum ini ada perjanjian bersama sepatutnya masing-masing menjaga aib.
"Sudah tandatangan bahawa cerai sebab tiada persefahaman. Itu yang saya sedih (kerana ditohmah)," kata Fattah ketika selesai proses penceraian di Mahkamah Syariah Petaling Jaya.
Bercakap soal nafkah, Fattah berkata, dia juga ada bukti kenyataan bank yang menunjukkan kepada duitnya pergi.
"Nafkah itu perkara asas, setakat mana kemampuan. Tetapi tidak tahullah kalau itu tidak cukup untuk dia," katanya.
Ditanya mengenai anaknya, Nur Fatima Aisya, 4, Fattah berkata, dia cukup kesal dengan apa yang sedang berlaku.
Jelasnya, pada usia 4 tahun, Fatima tidak sepatutnya berdepan situasi sekarang.
"Kalau cerita berkenaan anak, memang saya sedih sebab dia sangat seronok dengan saya, mahu saya balik rumah.
"Tapi saya terpaksa tipu dia dan maklumkan bahawa saya terpaksa keluar rumah sebab kerja. Dia menangis sampai tertidur," katanya.
Terdahulu, pasangan pelakon Fattah Amin dan Nur Fazura sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari, hari ini.
Fattah melafazkan talak satu di hadapan Hakim Syarie Abdul Malek Soleh pada jam 9.45 pagi. - Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 9:21 am
Hafiz Suip sah bercerai, serah hak penjagaan anak kepada bekas isteri
July 16, 2025, 2:54 pm
Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah
July 15, 2025, 12:50 pm
Kertas siasatan insiden serang Shila Amzah dihantar ke Pendakwa Raya hari ini
July 13, 2025, 2:40 pm
Masuk campur urusan keluarga jadi punca Shila Amzah diserang – Polis
July 9, 2025, 11:57 am
Filem komedi Islamik ‘Isan Nikah’ dari Thailand tembusi pawagam Malaysia 17 Julai ini
June 27, 2025, 5:00 pm
Yasin Sulaiman kelihatan lebih sihat dan ceria di hospital bahagia
June 23, 2025, 12:15 pm
WHAM sifatkan pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar dunia kewartawanan
June 23, 2025, 11:58 am