Berita Hiburan
(VIDEO) Tak jaga aib suami, Fazura boleh dikenakan tindakan undang-undang

Oleh AZRUL RADI
Video MOHSIN DADAMEAH
KUALA LUMPUR 7 Okt. - Pelakon terkenal, Fazura, berpotensi dikenakan tindakan undang-undang kerana didakwa tidak menjaga aib bekas suaminya, Fattah Amin, hanya kurang sejam selepas bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling pada Isnin.
Peguam syarie, Zulkifli Che Yong, yang mewakili Fattah Amin, 34, menjelaskan bahawa tindakan menghina mahkamah boleh diambil sekiranya Fazura, 41, melanggar persetujuan yang telah dicapai dalam perceraian mereka.
KLIK SINI UNTUK TONTON VIDEO PENUH
Menurutnya, mahkamah telah merekodkan persetujuan tersebut sebagai suatu perintah yang tidak didedahkan secara terperinci kepada umum.
“Sekiranya terdapat pelanggaran perjanjian, ini menunjukkan bahawa pihak yang terlibat tidak menghormati atau mematuhi peruntukan yang ditetapkan oleh mahkamah. Dalam keadaan seperti ini, pihak yang terkesan boleh memfailkan permohonan menghina mahkamah.
Jika permohonan itu diterima, notis tunjuk sebab akan dikeluarkan untuk menjelaskan mengapa individu tersebut tidak patut dipenjara kerana melanggar perintah mahkamah,” kata Zulkifli.
Keretakan rumah tangga antara Fazura dan Fattah mula menjadi perhatian umum apabila Fazura memfailkan tuntutan perceraian pada 13 September lalu.
Pasangan selebriti ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 dan dikurniakan seorang anak perempuan, Nur Fatima Aisya, yang kini berusia empat tahun. - Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 9:21 am
Hafiz Suip sah bercerai, serah hak penjagaan anak kepada bekas isteri
July 16, 2025, 2:54 pm
Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah
July 15, 2025, 12:50 pm
Kertas siasatan insiden serang Shila Amzah dihantar ke Pendakwa Raya hari ini
July 13, 2025, 2:40 pm
Masuk campur urusan keluarga jadi punca Shila Amzah diserang – Polis
July 9, 2025, 11:57 am
Filem komedi Islamik ‘Isan Nikah’ dari Thailand tembusi pawagam Malaysia 17 Julai ini
June 27, 2025, 5:00 pm
Yasin Sulaiman kelihatan lebih sihat dan ceria di hospital bahagia
June 23, 2025, 12:15 pm
WHAM sifatkan pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar dunia kewartawanan
June 23, 2025, 11:58 am