Berita Sukan
6 tahun JDT belum kalah atas Cow Grass - TMJ

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, mencadangkan kelab-kelab dalam Liga Malaysia (Liga-M) yang enggan menaik taraf padang mereka dengan rumput Zeon Zoysia agar mempertimbangkan penggunaan rumput jenis Bermuda.
Menurut Tunku Ismail, yang juga merupakan Pemangku Sultan Johor, rumput jenis Bermuda, seperti yang digunakan oleh Terengganu FC di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, lebih sesuai daripada rumput Cow Grass kerana tidak menyebabkan air bertakung ketika hujan.
"Kalau tak nak tukar kepada Zeon, tukar kepada Bermuda macam Terengganu FC. Kedua-dua jenis rumput ini mempunyai asas pasir (‘sand base’), jadi apabila hujan, ia tidak berlumpur," katanya melalui laman X miliknya.
Beliau juga menyatakan bahawa masalah dengan rumput Cow Grass adalah ia berasaskan tanah (‘soil base’), yang menyebabkan air bertakung dan padang menjadi berlumpur semasa hujan.
Cadangan ini dilontarkan selepas beberapa negeri memilih untuk mengekalkan penggunaan rumput jenis Cow Grass di stadium masing-masing, walaupun Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah menyalurkan geran RM4.6 juta kepada 10 negeri untuk menaik taraf padang bola sepak di stadium utama mereka. Daripada jumlah tersebut, lapan negeri, termasuk Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, dan Terengganu, menerima peruntukan penuh RM500,000 untuk menaik taraf sistem saliran dan menukar rumput.
Perlis dan Kedah masing-masing hanya menerima RM300,000 kerana hanya menaik taraf sistem saliran, manakala Sabah dan Pulau Pinang tidak mengambil peruntukan tersebut kerana tidak merancang untuk melakukan sebarang naik taraf padang.
Tunku Ismail turut menyangkal teori bahawa JDT akan menghadapi kesukaran bermain di atas padang yang menggunakan rumput Cow Grass. Beliau menjelaskan bahawa JDT belum kalah di gelanggang lawan dalam liga sejak Mac 2018, termasuk ketika bermain di atas padang yang menggunakan rumput tersebut.
"Ada juga saya dengar teori yang mengatakan Cow Grass beri kekurangan kepada JDT. Enam tahun belum kalah atas Cow Grass," katanya sambil menyeru agar pihak pengurusan bola sepak negara berfikir secara profesional dan berusaha memperbaiki infrastruktur bola sepak di Malaysia. - Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am