Berita Sukan
Tengku Mahkota Ismail sekolahkan lagi isu ‘cow grass’

Oleh NUR LELA ZULKIPLI
KUALA LUMPUR 14 Okt - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, menegaskan isu utama dalam penyelenggaraan padang bola sepak bukanlah mengenai rupa sesebuah padang itu sebaliknya kualiti permukaan untuk bermain.
Beliau turut menjelaskan bahawa penggunaan 'cow grass' tidak sesuai untuk mencapai matlamat berkenaan.
Menerusi satu ciapan di platform X, Tunku Mahkota Ismail, yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), berkata jika 'cow grass' benar-benar bagus, negara maju lain pasti sudah menggunakannya.
Namun, sebaliknya berlaku, dan kita harus menjadikan negara maju dalam bola sepak sebagai contoh.
“Ini bukan soal cantik. Ini berkenaan good playing surface. Modern football. Kalau bagus sangat, negara-negara maju dalam bola sudah pakai 'cow grass'. Kenapa susah sangat kita nak terima dan belajar daripada mereka yang lebih berjaya?” tulis beliau.
Beliau turut menekankan bahawa padang di Laos disifatkan jauh lebih baik berbanding padang di negara ini yang masih menggunakan 'cow grass', yang menyebabkan padang menjadi berlumpur apabila hujan.
“Masalah padang 'cow grass' adalah playing surface dan apabila hujan, air bertakung kerana padang tersebut adalah soil base bukan sand base. Berlumpur. Nak bola maju tapi mindset masih tak nak berubah.
“Kita harus ikut negara-negara yang maju dalam bola sepak. Jepun adalah contoh terbaik. Dalam Asia Tenggara, Thailand dan Laos pun sudah cantik. Kita masih berlumpur,” katanya.
Tunku Mahkota Ismail turut menyangkal dakwaan bahawa JDT akan lemah sekiranya terpaksa beraksi di atas permukaan padang menggunakan 'cow grass'.
Sebelum ini, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) mengumumkan geran keseluruhan bernilai RM4.6 juta sudah disalurkan kepada 10 negeri bagi pelaksanaan projek menaik taraf padang bola sepak dan sistem saliran di stadium.
Lapan negeri dalam senarai iaitu Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang, Terengganu, Selangor, Perak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka menerima geran penuh RM500,000 bagi proses penambahbaikan saliran dan penukaran rumput di stadium.
Dua negeri iaitu Perlis dan Kedah bagaimanapun hanya menerima RM300,000 kerana hanya untuk menaik taraf sistem saliran, manakala Sabah dan Pulau Pinang tidak mahu menukar rumput. - Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am