Berita Sukan
Polis Sweeden siasat Mbappe disyaki terlibat kes rogol

PARIS 15 Okt - Bintang bola sepak Real Madrid, Kylian Mbappe disiasat oleh polis Sweden kerana merogol, menurut satu laporan akhbar di Sweden selepas beliau berkunjung ke Stockholm, yang mana Mbappe mendakwa sebagai "berita palsu."
Selepas akhbar Sweden, Aftonbladet melaporkan satu dakwaan rogol dilaporkan kepada polis namun tidak menyebut siapa yang dituduh, akhbar Expressen menyatakan Mbappe, 25, menjadi suspek.
"Menurut maklumat yang diperoleh Expressen, polis menyiasat bintang itu yang secara munasabah menjadi suspek kes rogol dan serangan seks," tulis akhbar itu.
Penguatkuasaan undang-undang Sweden membezakan tahap syak wasangka sama ada munasabah atau berkemungkinan, dengan munasabah adalah tahap syak wasangka yang lebih rendah.
Wakil Mbappe, apabila dihubungi AFP berkata, mereka tidak tahu menahu mengenai dakwaan undang-undang yang dilakukan terhadap pemain itu.
Kapten skuad kebangsaan Perancis itu tidak dipilih bagi aksi terbaharu negaranya dalam kempen Liga Negara-Negara UEFA, jadi dia mengunjungi ibu negara Sweden itu bersama satu kumpulan Khamis lalu.
Mereka makan malam di sebuah restoran sebelum pergi ke kelab malam, menurut laporan Aftonbladet. Mbappe dan kumpulan itu meninggalkan Sweden sehari kemudian.
Akhbar itu menyatakan kejadian rogol berlaku di "pusat bandar Stockholm", dengan satu laporan polis dibuat pada Sabtu.
Aftonbladet berkata, aduan itu difailkan selepas mangsa yang didakwa mendapatkan rawatan perubatan tetapi tidak menyatakan siapa yang dinamakan dalam pertuduhan itu.
Kemudian, Expressen melaporkan Mbappe adalah suspek.
Mbappe sendiri mendakwa dalam catatan di laman X, terdapat kaitan antara laporan Aftonbladet dan pendengaran kesnya di hadapan jawatankuasa liga Perancis hari ini mengenai pertikaian sengitnya dengan bekas kelabnya Paris Saint-Germain mengenai apa yang dikatakannya gaji yang tidak dibayar.
Mbappe mendakwa juara Perancis milik Qatar itu berhutang dengannya sebanyak 55 juta euro (RM257 juta).
"BERITA PALSU!!!! Ia sesuatu yang boleh dijangkakan, menjelang hari perbicaraan, seolah-olah secara kebetulan," tulis Mbappe.
Seorang pendakwa raya yang menyiasat tuduhan itu memberitahu AFP: "Siasatan sedang dijalankan terhadap jenayah yang dilaporkan pada 10 Oktober di tengah-tengah Stockholm."
Polis Sweden enggan memberikan sebarang butiran lanjut. – AFP
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm