Berita Sukan
Shah Firdaus kini Top 10 keirin dunia

KUALA LUMPUR 18 Okt - Pelumba negara Muhammad Shah Firdaus Sahrom menamatkan saingan di tempat kesembilan acara keirin lelaki pada Kejohanan Berbasikal Trek Dunia 2024 berlangsung di Ballerup, Copenhagen, Denmark, awal pagi ini waktu Malaysia.
Pelumba berusia 28 tahun terkandas di peringkat separuh akhir selepas mengakhiri perlumbaan di tempat keempat dalam Saringan 1, di belakang pelumba Colombia Kevin Quintero, Kento Yamasaki (Jepun) dan Mateusz Rudyk (Poland) sekali gus memasuki perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12.
Menurut https://www.uci.org/race-hub/2024-tissot-uci-track-world-championships, hanya tiga pelumba layak terbaik dari setiap pusingan mara ke final bagi merebut pingat emas, manakala selebihnya mengharungi perlumbaan penentuan tempat ketujuh hingga 12.
Kento muncul juara dunia keirin 2024, manakala pelumba Israel Mikhail Yakovlev dan Kevin masing-masing membawa pulang perak dan gangsa.
Sementara itu, seorang lagi wakil negara Muhammad Ridwan, yang juga adik kepada Muhammad Shah Firdaus, menduduki tempat kelima dalam pusingan repechage sekali gus tidak layak ke suku akhir.
Muhammad Shah Firdaus akan beraksi dalam acara pecut lelaki, esok. - BERNAMA
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am