Berita Sukan
Jurulatih Gwangju FC terkejut JDT ada ramai pemain import

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 22 Okt - Ketua jurulatih kelab Gwangju FC, Lee Jung-hyo, mengakui dirinya terkejut apabila mendapati Johor Darul Ta'zim (JDT) menurunkan ramai pemain import dalam kesebelasan utama mereka.
Kelab dari Korea Selatan itu dijadualkan bertemu JDT dalam aksi Liga Juara-Juara Elit Zon Timur (ACLE) di Stadium Yongin Mireu pada hari Selasa.
Lee Jung-hyo menyatakan bahawa beliau dan barisan kejurulatihan Gwangju telah melakukan analisis menyeluruh terhadap pasukan JDT dan mendapati bahawa Harimau Selatan memiliki pemain yang berkaliber tinggi.
"Ketika kami menganalisis pasukan JDT, kami dapati mereka mempunyai ramai pemain individu yang berkualiti," katanya.
Namun, beliau juga mengaku terkejut melihat jumlah pemain asing dalam pasukan tersebut.
"Sebagai sebuah pasukan dari Malaysia, saya tidak sangka mereka memiliki sembilan atau sepuluh pemain import dalam kesebelasan utama," jelasnya dalam wawancara dengan ESPN Asia.
Dalam dua perlawanan ACLE sebelumnya menentang Shanghai Port dan Shanghai Shenhua, JDT menurunkan sembilan pemain import, dengan hanya Arif Aiman Hanapi dan Natxo Insa mewakili pemain tempatan.
Bagaimanapun, tindakan ini tidak melanggar peraturan pertandingan kerana Konfederasi Bolasepak Asia (AFC) tidak menetapkan had pemain import dalam kejohanan tersebut.
Ketika ini, Gwangju FC menduduki tangga teratas Kumpulan A dengan enam mata hasil dua kemenangan, manakala JDT berada di tempat kedua dengan empat mata, hasil satu kemenangan dan satu seri. - Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am