Berita Hiburan
Fattah Amin infak semua komisen jual kambing perap

Oleh AZRUL RADI
KUALA LUMPUR 23 Okt. - Aktor yang baru-baru ini dikenali sebagai 'duda hot', Fattah Amin, sekali lagi mencuri perhatian umum setelah menolak untuk menerima komisen dari hasil penjualan sebuah jenama kambing perap.
Melalui perkongsian di Instagram rasmi jenama tersebut, mereka memaparkan tangkap layar perbualan dengan Fattah mengenai jumlah komisen yang sepatutnya diterima oleh aktor berusia 34 tahun itu.
Namun, bapa kepada seorang anak ini memohon agar komisen tersebut disalurkan kepada mereka yang memerlukan.
“Alhamdulillah. Terima kasih bos. Saya hanya ingin meminta agar urusan wang komisen tersebut boleh diinfakkan kepada orang yang memerlukan,” tulis Fattah dalam mesej tersebut.
Sementara itu, pemilik jenama tersebut menyatakan rasa kecewa kerana Fattah menolak untuk menerima sebarang bayaran atas usaha mempromosikan produk mereka.
“Kecewa dengan keputusan Fattah Amin. Kami rasa kecewa kerana beliau tolak komisen dan tidak mengambil sebarang ganjaran atas usaha menjual kambing. Namun, kami bangga dengan keyakinannya terhadap rezeki yang telah ditentukan. Kami ingin berkongsi cerita ini agar dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia.
“Tangan yang memberi adalah lebih baik daripada yang menerima. Semoga kebaikan Fattah Amin dibalas,” tulis wakil jenama itu dalam kapsyen hantaran.
Minggu lalu, Fattah telah terlibat dalam sesi siaran langsung jenama daging tersebut untuk mempromosikan pek promosi mereka, yang berjaya menarik lebih 100,000 tontonan dan lebih 44 juta tanda suka. - Media Telus
Berita berkaitan
July 29, 2025, 9:21 am
Hafiz Suip sah bercerai, serah hak penjagaan anak kepada bekas isteri
July 16, 2025, 2:54 pm
Amy Search buat laporan polis terhadap Shila Amzah
July 15, 2025, 12:50 pm
Kertas siasatan insiden serang Shila Amzah dihantar ke Pendakwa Raya hari ini
July 13, 2025, 2:40 pm
Masuk campur urusan keluarga jadi punca Shila Amzah diserang – Polis
July 9, 2025, 11:57 am
Filem komedi Islamik ‘Isan Nikah’ dari Thailand tembusi pawagam Malaysia 17 Julai ini
June 27, 2025, 5:00 pm
Yasin Sulaiman kelihatan lebih sihat dan ceria di hospital bahagia
June 23, 2025, 12:15 pm
WHAM sifatkan pemergian Raja Nurfatimah kehilangan besar dunia kewartawanan
June 23, 2025, 11:58 am