Berita Hiburan
Que Haidar, Linda Jasmine dah cerai 2 Julai lalu
KUALA LUMPUR 27 Okt. - Pelakon dan pengarah terkenal Que Haidar mengesahkan perpisahan dengan pengarah tarian, Linda Jasmine, selepas lebih 15 tahun mendirikan rumah tangga.
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
Que Haidar, atau nama sebenarnya Tengku Iskhan Sha Tengku Haidar, 45 tahun, mengesahkan bahawa keputusan untuk berpisah dibuat secara sepakat demi kebaikan bersama.
Memetik laporan media, Que berkata, walaupun berpisah, hubungan mereka kekal baik dan mereka bersepakat untuk terus memberikan sokongan antara satu sama lain demi anak-anak.
Beliau turut menzahirkan rasa syukur kerana kedua-dua anak mereka, Tengku Ratu Haidar yang berusia 15 tahun dan Tengku Cleopatra Haidar yang berusia 12 tahun, cukup matang untuk menerima keputusan tersebut.
Baginya, sokongan bersama antara ibu bapa adalah penting bagi memastikan kebajikan anak-anak terpelihara, meskipun rumah tangga mereka sudah berakhir.
Que turut mengambil pendirian untuk tidak menghebahkan punca sebenar perceraian mereka, menghormati sifat peribadi isu tersebut.
Menurutnya, tiada keperluan untuk berkongsi atau membangkitkan perkara yang boleh menjejaskan keharmonian hubungan baik yang masih wujud antara beliau dan bekas isteri.
Que dan Linda berkahwin pada 14 Feb 2009.
Selain Tengku Ratu dan Tengku Cleopatra, Linda juga memiliki seorang anak lelaki, Qalif Khan, 24 tahun, hasil daripada perkahwinan terdahulu.
Berita berkaitan
October 28, 2025, 9:21 pm
Menjelang Magrib 2: Wanita Yang Dirantai temui penonton 20 November ini
October 28, 2025, 1:42 pm
'Saya datang sebab cinta, bukan benci' - Kamal Adli rayu netizen jangan kecam Uqasha
October 28, 2025, 1:11 pm
Peguam Uqasha tarik diri, prosiding cerai ditangguh 19 November
October 22, 2025, 10:45 am
Uqasha Senrose fail cerai, rumah tangga didakwa bergolak sejak April
October 9, 2025, 7:49 am
Black, Eddie umum tinggalkan kumpulan Wings
October 6, 2025, 12:18 pm
Ardell Aryana cedera serius selepas diserang tentera Israel ketika sertai misi kemanusiaan
September 27, 2025, 10:40 pm
'Niat mahu bantu Sathyia' - Murali Abdullah cadang arah drama dibintangi Sathiya dan David Arumugam
September 25, 2025, 8:27 pm
Penerbit Datuk A. Aida rebah selepas fisioterapi, kini ditidurkan
September 23, 2025, 1:32 pm
Kaki kiri Sathiya dipotong hingga paras lutut, rakyat Malaysia titip kata-kata semangat
September 22, 2025, 5:45 pm
