Berita Sukan
Nidzam 'angkat kaki', Abdi Hassan ganti sementara

KUALA LUMPUR 30 Okt - Nidzam Jamil membuat keputusan mengejut apabila meletak jawatan sebagai ketua jurulatih Selangor berkuat kuasa serta-merta.
Perkembangan itu diumumkan Selangor FC dalam kenyataan hari ini sambil menjelaskan Nidzam memohon untuk mengundur diri dari mengemudi pasukan utama Selangor FC dan pihak kelab menghormati keputusan pengendali berusia 44 tahun itu.
Susulan daripada itu, tugas ketua jurulatih pasukan utama Selangor FC akan digalas Abdi Hassan secara interim sementara kelab mengenalpasti pengganti Nidzam.
"Kelab ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Nidzam sepanjang tempoh perkhidmatannya.
"Beliau banyak memupuk semangat kompetitif dalam kalangan pemain dan kepimpinan beliau memainkan peranan penting dalam mengekalkan prestasi pasukan sehingga kini," kata Selangor FC.
Nidzam yang sebelum ini bertindak sebagai penolong jurulatih Selangor diberi tugas selaku pengendali sementara selepas Tan Cheng Hoe meletak jawatan pada Februari lalu.
Sebulan kemudian, Selangor menaikkan pangkat Nidzam apabila melantik bekas pengendali FELDA United itu sebagai ketua jurulatih secara tetap.
Sejak membimbing Selangor musim ini, Nizam berjaya meletakkan Gergasi Merah di tangga kedua Liga Super selain bergelar naib juara Piala FA.
Selain itu, Selangor ketika ini juga berada di kedudukan teratas dalam Kumpulan H bagi saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2).
Kekalahan 0-3 kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Ahad lalu menjadi perlawanan terakhir Nidzam sebagai pengendali Selangor.

Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am