Berita Sukan
Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya - Tunku Ismail

KUALA LUMPUR 1 Nov. – Hasrat peminat bola sepak Malaysia untuk melihat peranan Tunku Ismail Sultan Ibrahim, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), dalam memperkasakan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan skuad Harimau Malaya mungkin akan menjadi kenyataan.
Ini susulan kenyataan Tunku Ismail yang memberi bayangan kemungkinan satu kerjasama baharu antara baginda dan FAM akan terbentuk dalam masa terdekat.
Namun, Tunku Ismail menegaskan bahawa baginda tidak akan menyertai FAM secara langsung, tetapi menyatakan sebaliknya, iaitu FAM yang akan bekerjasama dengan baginda.
“Saya tak sertai FAM, FAM sertai saya,” katanya dalam balasan kepada komen di akaun Instagram miliknya.
Sebelum ini, Tunku Ismail mengemukakan idea untuk memisahkan skuad Harimau Malaya dari struktur biasa FAM dan mengusulkan pembentukan sebuah organisasi bebas.
Cadangan tersebut termasuklah pelantikan seorang Ketua Pegawai Bolasepak (CSO) atau Pengarah Teknikal untuk mengetuai organisasi ini bersama beberapa pegawai lain seperti Pengarah Kejurulatihan, Ketua Pegawai Operasi, Ketua Jurulatih, Pengarah Strategi dan Penilaian, serta Ketua Sumber Manusia.
Cadangan ini menarik minat ramai peminat dan pemerhati sukan yang melihatnya sebagai langkah ke arah penswastaan.
Namun, Timbalan Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi, menafikan pandangan tersebut dengan menjelaskan bahawa skuad kebangsaan dan skuad Bawah 23 Tahun (B-23) akan ditempatkan di bawah satu unit khas dalam FAM.
Unit ini akan bertanggungjawab penuh dalam aspek kejurulatihan, peruntukan kewangan, dan hal ehwal lain yang melibatkan pasukan kebangsaan.
Perkembangan ini dianggap sebagai satu usaha transformasi yang mampu membawa Harimau Malaya ke arah prestasi lebih cemerlang, dengan Tunku Ismail dilihat berpotensi membawa pembaharuan melalui pengalaman dan kejayaannya menguruskan JDT. - Sinar Haran
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am