Berita Sukan
Arif Aiman,Tommy Mawat berpotensi berdepan tindakan disiplin - FAM

ISKANDAR PUTERI 11 Nov. - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menyatakan komitmen mereka terhadap tindakan tegas berhubung insiden ketegangan antara pemain Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, dan pemain Perak FC, Tommy Mawat Bada, semasa perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim pada Ahad malam.
Timbalan Presiden FAM, Datuk S Sivasundaram, menegaskan bahawa kedua-dua pemain berkenaan masih berpotensi berdepan tindakan disiplin, walaupun masing-masing telah menerima kad kuning daripada pengadil perlawanan, Razlan Joffri Ali.
"Kami akan menunggu laporan penuh daripada Komisioner Perlawanan dan Penilai Pengadil sebelum membuat sebarang keputusan lanjut
"Jawatankuasa Penilaian Prestasi Pengadil FAM juga akan mengkaji rakaman video insiden tersebut untuk mempertimbangkan tindakan susulan," katanya.
Beliau menambah bahawa meskipun kad kuning telah diberikan kepada kedua-dua pemain, hukuman tambahan tetap boleh dipertimbangkan jika ia dirasakan wajar.
Sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, Sivasundaram turut mengingatkan pemain agar menjaga emosi ketika berada di padang, kerana tindakan impulsif hanya akan mengundang masalah kepada diri sendiri.
"Secara peribadi, saya melihat insiden ini sebagai isu serius, terutama apabila berlaku tindakan fizikal seperti menumbuk dan mencekik oleh kedua-dua pemain.
"Walau bagaimanapun, kami akan menunggu laporan daripada pihak yang bertanggungjawab sebelum mengambil sebarang tindakan lanjut," jelasnya. - Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am