Berita Sukan
Semakin mereka benci, semakin banyak kejayaan ALLAH kurniakan

KUALA LUMPUR 23 Nov. - Pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menegaskan bahawa Harimau Selatan telah membuktikan keunggulan mereka dengan pelbagai kejayaan, walaupun pernah menerima kritikan dan kebencian daripada segelintir pihak.
Baginda, yang juga pemangku Sultan Johor, menyatakan kejayaan kelab itu adalah hasil pengurusan yang sistematik dan tersusun, dari peringkat tertinggi sehingga ke akar umbi, melibatkan pasukan senior hingga pelapis pelbagai peringkat umur.
"Kalau kepala betul, ekor pun betul. Daripada atas sehingga ke bawah. Inilah JDT.
"11 tahun... semakin mereka membenci, tidak menerima kenyataan, dan cuba memperkecilkan kehebatan kelab ini, semakin banyak kejayaan ALLAH kurniakan dalam setiap aspek," titahnya melalui InstaStory.
Tunku Ismail turut berkongsi gambar pasukan JDT IV yang baru sahaja menjulang Piala Belia setelah menewaskan Terengganu FC IV dengan agregat 7-5 dalam aksi akhir di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak, pada Jumaat.
Kejayaan ini melengkapkan musim cemerlang JDT selepas JDT III turut mempertahankan kejuaraan Piala Presiden buat kali ketiga berturut-turut dengan menewaskan Selangor FC baru-baru ini.
Selain itu, JDT II berjaya mengungguli kedudukan teratas Piala MFL, manakala pasukan Bawah 14 Tahun (B-14) muncul juara dalam saingan Piala Supermokh, memperkukuhkan dominasi JDT di semua peringkat. - Media Telus
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am