Berita Sukan
Beri peluang orang lain, Hamidin lepas jawatan Presiden FAM

KUALA LUMPUR 4 Dis - Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Tan Sri Hamidin Mohd Amin tidak akan mempertahankan jawatannya pada kongres pemilihan badan induk itu, tahun depan.
Perkara itu diumumkan Hamidin pada sidang media selepas Mesyuarat Ke-13 Jawatankuasa Eksekutif FAM bagi Penggal 2021-2025 di Wisma FAM, hari ini.
Beliau menjelaskan keputusan itu diambil bagi memberi ruang kepada ahli gabungan memilih presiden baharu pada kongres pemilihan, 15 Februari depan.
"Saya dengan rasa rendah diri ingin memaklumkan bahawa saya tidak akan mempertahankan jawatan Presiden FAM bagi penggal akan datang," kata Hamidin.
Pada 2018, Hamidin dipilih menjadi Presiden FAM bagi mengisi kekosongan yang ditinggalkan Tunku Mahkota Ismail sebelum beliau menang tanpa bertanding pada kongres pemilihan bagi penggal 2021-2025.
Berita berkaitan
April 30, 2025, 3:40 pm
Tiada cuti panjang buat Arif Aiman
April 27, 2025, 9:36 am
Hampir muflis punca Perak FC terkubur
April 20, 2025, 2:55 pm
Faisal Halim patah hidung kena siku kapten PDRM
April 17, 2025, 4:59 pm
TMJ bidas pemain mudah terpengaruh nasihat tidak berasas
April 17, 2025, 1:38 pm
JDT tamat saingan Liga Super tanpa kalah, 11 kali juara berturut-turut
April 16, 2025, 1:13 pm
Final Piala Malaysia: Sambutan dingin jualan tiket, penyokong JDT kurang berminat ke Bukit Jalil
April 15, 2025, 1:37 pm
JDT terus dominasi bola sepak negara, catat musim 2024–2025 penuh gemilang
April 11, 2025, 2:43 pm
Bidoglio fokus lawan Kuching City dahulu, bukan final Piala Malaysia
April 11, 2025, 12:56 pm