Berita Sukan
Pasukan bola sepak Syria tukar warna logo, jersi daripada merah kepada hijau

DAMSYIK 9 Dis – Persatuan Bola Sepak Syria (SFA) hari ini mengumumkan perubahan bersejarah dengan menukar warna logo dan jersi pasukan kebangsaan daripada merah kepada hijau, susulan kejatuhan rejim Presiden Bashar al-Assad.
Keputusan ini diumumkan selepas kumpulan anti-rejim berjaya menawan ibu kota Damsyik semalam, menamatkan enam dekad pemerintahan autoritarian Assad serta perang saudara yang berlarutan selama 13 tahun. Difahamkan, Assad telah melarikan diri ke Rusia.
Dalam kenyataan rasminya, SFA menyatakan bahawa perubahan warna ini melambangkan era baharu dalam sukan Syria yang bebas daripada nepotisme, pilih kasih, dan rasuah.
"Jersi baharu pasukan kebangsaan kita merupakan simbol perubahan. Ini adalah langkah pertama menuju pembaharuan sukan yang telus dan adil," menurut kenyataan badan induk itu.
Langkah ini disambut baik oleh rakyat Syria yang melihatnya sebagai simbol perpaduan dan harapan untuk masa depan yang lebih baik selepas konflik bertahun-tahun.
Pengumuman ini juga menandakan peralihan kuasa besar dalam sejarah politik dan sosial Syria, termasuk dalam arena sukan. - Agensi
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am