Berita Sukan
Arif Aiman pemain yang luar biasa - Bidoglio

JOHOR BAHRU 9 Dis. - Pengendali Johor Darul Ta'zim (JDT), Hector Bidoglio menyifatkan Pemain Paling Bernilai (MVP) 2023, Arif Aiman Hanapi sebagai luar biasa.
Ia selepas bintang itu muncul wira selepas meledak hatrik ketika JDT membenam KL City FC 3-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, malam tadi.
Pemain itu mengambil masa 42 minit untuk melengkapkan jaringan hatrik selepas memulakan sentuhan penyudah pada minit ke-12 disusuli minit ke-35 dan kemudian menerusi sepakan penalti bagi menghadiahkan tiga mata buat penyandang juara Liga Super itu.
"Pada malam ini (malam tadi) dia (Arif Aiman) bermain sangat luar biasa bukan kerana dia menjaringkan hatrik, malah bermain secara berpasukan selain turut membantu ketika bertahan.
"Saya gembira melihatnya bermain dengan sangat bagus, ini kerana saya tahu bagaimana dia bekerja keras setiap hari bagi meningkatkan mutu permainannya. Tidak dinafikan dia adalah pemain terbaik," ujarnya.
Menurut pengendali kelahiran Argentina itu, bukan sahaja Arif Aiman malah keseluruhan pasukan juga melaksanakan tanggungjawab sebaik mungkin selepas mengharungi jadual perlawanan yang padat.
Jelasnya, kejayaan itu bukanlah mudah apabila pasukan lawan bermain secara kompak hingga menutup ruang buat pasukannya untuk mencipta peluang gol.
"Memandangkan kita akan berdepan lawan yang sama selepas ini (aksi Piala Malaysia), ada beberapa aspek yang perlu ditambah baik termasuklah sentuhan penyudah. Setiap peluang itu perlu diterjemahkan sebaiknya, ini antara yang perlu kita perbaiki lagi," kata Bidoglio.
JDT akan bertandang ke Kuala Lumpur bagi aksi suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Kuala Lumpur, Cheras, Jumaat ini sebelum melayan kunjungan The City Boys bagi aksi timbal balik di Stadium Sultan Ibrahim, 21 Disember ini. - Sinar Harian
Berita berkaitan
August 2, 2025, 9:08 am
Farizal yakin JDT mampu tembus separuh akhir ACLE musim ini
July 31, 2025, 9:21 am
Tunku Ismail persoal dakwaan Selangor FC sudah hampiri JDT
July 30, 2025, 7:48 am
JDT perkuat skuad dengan pemain Sepanyol, Teto Martin
July 24, 2025, 9:44 am
'Hanya makan foodpack' - Kurang pilihan makanan halal di Jerman punca prestasi Umar terjejas
July 22, 2025, 1:38 pm
Azeem, Umar layak ke separuh akhir WUG 2025
July 16, 2025, 11:29 am
Tiga pemain pinjaman JDT boleh diturunkan lawan pasukan asal musim depan
July 13, 2025, 10:58 am
Anwar umum dana RM1 juta untuk KLFA
July 11, 2025, 10:08 am
MFL tidak tolak jadual Liga Super 2025 mungkin dirombak
July 10, 2025, 12:49 pm
JDT seri 2-2 dengan Cardiff City dalam aksi pramusim sengit di Sepanyol
July 9, 2025, 10:33 am