Berita Sukan
Bendera di jersi terbalik satu kesilapan berat
KUALA LUMPUR 13 Dis. - Kontroversi Jalur Gemilang yang dipasang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia ketika beraksi dalam Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Akhir (WTF) di China disifatkan sebagai kesilapan yang sangat berat.
Penganalisis sukan, Zakaria Rahim berkata, ini kerana ia melibatkan sentimen rakyat negara ini dan amaran keras wajar dikenakan ke penaja Victor Malaysia serta Team LZJ.
“Saya tidak pasti ia sengaja atau tidak, namun ini kesilapan profesional yang sangat berat kerana libatkan sentimen rakyat negara ini.
“Walaupun Victor adalah syarikat antarabangsa yang berpangkalan di Taiwan, namun mereka difahamkan mempunyai syarikat pengendali produk di Subang Jaya. Mereka perlu bertanggungjawab sepenuhnya.
“Pun begitu, Team LZJ juga perlu bertanggungjawab atas kesilapan ini dan atas kegagalan memeriksa serta menyemak sebelum membawanya ke Hangzhou,” katanya kepada Sukan Sinar pada Khamis.
Zii Jia ketika aksi menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen pada Rabu dapat dilihat dengan jelas memakai bendera Jalur Gemilang di bahagian kiri jersinya dalam keadaan terbalik.
Zakaria turut menimbulkan persoalan pihak mana yang patut bertindak di atas kontroversi tersebut yang berlaku di luar negara.
“Kuasa siapa yang patut bertindak? Melainkan ada laporan polis. Mungkin polis boleh siasat jika kilang yang membuat baju itu di Malaysia. Itu kena disiasat dan dipastikan,” katanya.
Susulan kontroversi tersebut Victor Malaysia mengeluarkan permohonan maaf menerusi laman sosial pada malam Rabu.
Victor Malaysia menjelaskan bahawa insiden itu dipandang serius dan tidak berniat untuk menimbulkan kontroversi serta akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kesilapan itu tidak berulang.
Dalam reaksi balas, Team LZJ mengucapkan terima kasih di atas penjelasan yang diberikan oleh rakan penaja mereka, Victor berhubung insiden tersebut.
“Secara bersama kita perlu memastikan bahawa seperti yang dijelaskan oleh Victor (menerusi kenyataan) tidak berulang lagi,” catat Team LZJ menerusi laman X. - Sinar Harian
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
