Berita Sukan
TMJ bertemu Presiden FIFA, perkukuh projek skuad kebangsaan
JOHOR BAHRU 18 Dis. - Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, telah mengadakan pertemuan dengan Presiden Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), Gianni Infantino, di Doha, Qatar, pada Selasa.
Dalam kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook rasmi baginda, pertemuan itu bertujuan memberi penerangan kepada Infantino mengenai projek penstrukturan skuad kebangsaan Malaysia yang diusahakan oleh Tunku Mahkota Ismail dengan sokongan kerajaan Malaysia.
"Infantino telah diberi taklimat mengenai projek skuad kebangsaan di Malaysia yang dimulakan oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan ia juga mendapat sokongan daripada kerajaan Malaysia.
"Infantino turut menzahirkan kepercayaan terhadap inisiatif nasional ini yang dikemudi oleh DYAM Pemangku Sultan Johor dan bersetuju untuk memberikan sokongan kepada Malaysia dari segi penyelidikan, infrastruktur, dan pembangunan," menurut kenyataan itu.
Projek penstrukturan semula skuad kebangsaan telah pun bermula, termasuk pelantikan dua jurulatih utama, iaitu Peter Cklamovski sebagai pengendali Harimau Malaya dan Nafuzi Zain sebagai ketua jurulatih skuad bawah 23 tahun (B-23).
Selain itu, struktur pengurusan baharu skuad kebangsaan akan diperkenalkan, termasuk pelantikan jawatan ketua pegawai eksekutif dan pengarah teknikal, yang dijangka diumumkan dalam masa terdekat.
Inisiatif ini mencerminkan usaha berterusan untuk meningkatkan mutu bola sepak negara dengan sokongan badan bola sepak dunia, FIFA. - Media Telus
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
