Berita Sukan
Bendera terbalik pada jersi: Jangan panjangkan lagi isu, minta maaf sudah memadani - Hannah
PUTRAJAYA 19 Dis - Permohonan maaf daripada pihak penaja Lee Zii Jia, Victor berhubung isu Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain itu sudah memadai dan tidak perlu dipanjangkan lagi isu berkenaan.
Perkara itu dimaklumkan Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh yang berkata bahawa Zii Jia tidak berniat untuk menghina negara namun menggesa pengurus dan atlet lain agar mengambil serius isu itu bagi mengelakkan kesilapan sama berulang di masa hadapan.
"Buat masa sekarang, isu Zii Jia seperti yang saya katakan permohonan maaf telah dikeluarkan oleh Victor. Saya belum semak (jika Zii Jia dan pasukannya telah mengeluarkan permohonan maaf) sejak kejadian itu dan bagi saya, buat masa ini ia telah memadai.
"Majlis Sukan Negara (MSN) telah ditugaskan untuk menyiasat perkara ini dan menyediakan draf untuk saya lihat dan kami akan maklumkan (mengenai garis panduan bagi memastikan isu seumpama itu tidak berulang)," katanya selepas Sidang Media Dana Sukan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) 2025 di sini hari ini.
Sementara itu, beliau juga mendedahkan bahawa pasukan LZJ (Team LZJ) sedang menantikan pertemuan dengan beliau berhubung program Road to Gold (RTG) yang dijadual diadakan pada Januari ini.
Zii Jia menjadi tumpuan kontroversi apabila beliau memakai jersi dengan bendera Malaysia dijahit terbalik ketika beraksi dalam Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di Hangzhou, China baru-baru ini.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai pertemuan dengan jaguh berbasikal trek negara Datuk Mohd Azizulhasni Awang, Hannah berkata ia kemunkinan diadakan tahun depan memandangkan semua orang sedang berehat menjelang akhir tahun.
Sebelum ini, MSN memberi tempoh hingga 31 Dis ini kepada Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) untuk mengesahkan penyertaan Mohd Azizulhasni dalam Program Podium tahun depan. - Bernama
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
