Berita Sukan
FAM gantung keahlian KAFA berkuat kuasa serta-merta
KUALA LUMPUR 24 Dis. - Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan penggantungan keahlian Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) berkuat kuasa serta-merta.
Menurut kenyataan rasmi FAM, keputusan itu dibuat setelah mendapati Kongres KAFA kali ke-65 dan Pemilihan Jawatankuasa Eksekutif KAFA bagi sesi 2024-2028 yang berlangsung pada 19 Disember lalu tidak sah.
"Ia disebabkan terdapat ahli gabungan yang tidak dibenarkan hadir dan tidak dijemput ke kongres berkenaan. Selain itu, prosedur dan tatacara pengendalian kongres tersebut tidak dijalankan dengan teratur serta tidak mengikut prosedur yang betul," jelas kenyataan tersebut.
Sehubungan itu, FAM mengarahkan KAFA untuk mengadakan semula kongres dan pemilihan jawatankuasa eksekutif secepat mungkin.
Berdasarkan Artikel 17 Statut FAM
Keputusan penggantungan ini dibuat selaras dengan Artikel 17 Statut FAM, yang memberikan kuasa kepada Jawatankuasa Eksekutif untuk menggantung keahlian mana-mana ahli.
"Jawatankuasa Eksekutif FAM secara majoriti, melalui keputusan bertulis, telah bersetuju dengan cadangan untuk menggantung keahlian KAFA," kata kenyataan itu lagi.
Kenyataan itu turut menyebut bahawa keputusan ini dibuat berdasarkan surat bertarikh 21 Disember, merujuk kepada keputusan mesyuarat Jawatankuasa Pertikaian Dalaman FAM mengenai aduan terhadap tatacara pengendalian Kongres Tahunan KAFA ke-65 serta pemilihan jawatankuasa eksekutif untuk sesi 2024-2028.
Kes Serupa Sebelum Ini
FAM sebelum ini pernah menggantung keahlian Persatuan Bolasepak Perlis (PFA) atas isu tunggakan gaji dan pampasan bekas pengarah bola sepak pasukan itu, Matt Holland.
Penggantungan keahlian ini dilihat sebagai langkah tegas FAM untuk memastikan pentadbiran dan pengurusan persatuan bola sepak negeri mematuhi prosedur serta peraturan yang telah ditetapkan. - Sinar Harian
Berita berkaitan
October 29, 2025, 11:26 am
Wan Rohaimi puas hati prestasi Penang FC walau tewas kepada JDT
October 27, 2025, 10:01 am
Mentaliti juara kunci JDT benam DPMM FC 10-0 – Xisco Munoz
October 26, 2025, 11:55 am
TMJ tegaskan kritikan terhadap dirinya dalam bola sepak bukan perkara baharu
October 21, 2025, 10:50 am
JDT sasar kemenangan pertama bertemu Chengdu Rongcheng dalam aksi ACLE
October 10, 2025, 7:32 am
Harimau Malaya benam Laos 3-0, kekal rekod sempurna
October 7, 2025, 11:43 am
FAM perlu jelaskan isu pendedahan FIFA segera – Hannah Yeoh
October 7, 2025, 8:59 am
FAM anggap laporan FIFA tidak tepat, akan kemuka rayuan rasmi
October 7, 2025, 8:50 am
FIFA kemuka bukti dokumen palsu dalam pendaftaran tujuh pemain warisan Malaysia
October 1, 2025, 3:04 pm
Ultras Malaya tuntut FAM dedah maklumat pemain warisan digantung Fifa
October 1, 2025, 1:33 pm
